◉ HEADLINES

Raya lancar: MCMC, telco perkukuh rangkaian hadapi lonjakan trafik

Sejumlah 866 inisiatif dilaksana termasuk pengoptimuman liputan, 5G dan stesen mudah alih bagi pastikan komunikasi rakyat kekal stabil sepanjang Aidilfitri

12:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama syarikat telekomunikasi utama negara melaksanakan 866 langkah pengukuhan rangkaian sejak awal Mac bagi memastikan komunikasi rakyat kekal lancar sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Daripada jumlah itu, 774 melibatkan kerja pengoptimuman liputan dan kapasiti, 27 pengaktifan serta modenisasi rangkaian 5G, manakala 21 penyelesaian sementara seperti Portable Base Transceiver Station (PBTS), Cellular on Wheel (CoW), Mobile Base Transceiver Station (MBTS) dan Mobile Communications Vehicle (MCV) ditempatkan di kawasan tumpuan.

Selain itu, 19 kerja naik taraf rangkaian, 14 perkongsian Rangkaian Akses Radio (RAN), 10 pengaktifan Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali (MOCN) serta satu tapak baharu turut diaktifkan.

“Langkah ini memberi tumpuan kepada lokasi dijangka sesak trafik komunikasi seperti lebuh raya utama, kawasan Rehat dan Rawat (R&R), hentian sebelah, destinasi pelancongan serta kawasan tumpuan orang ramai,” kata MCMC dalam kenyataan hari ini.

MCMC turut mengarahkan semua telco memantau prestasi rangkaian secara berterusan dan bertindak segera sekiranya berlaku gangguan. Suruhanjaya itu juga akan melaksanakan pemantauan lapangan di lokasi kritikal melalui pejabat negeri.

Tambah kenyataan itu, orang ramai yang berdepan masalah rangkaian disaran menghubungi telco masing-masing atau menyalurkan aduan melalui portal rasmi MCMC di aduan.mcmc.gov.my untuk tindakan pantas.

MCMC menegaskan komitmen memastikan rakyat menikmati perkhidmatan komunikasi yang stabil dan selamat, khususnya ketika pulang ke kampung dan meluangkan masa bersama keluarga sepanjang Aidilfitri. – 19 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

RM200m World Cup rights fee puts Malaysia’s 2026 viewing at risk

Malaysia could miss live coverage of the 2026 FIFA World Cup as a steep RM200 million broadcasting fee strains Astro and RTM, raising doubts over whether fans will be able to watch football’s biggest tournament

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

◉ Related