◉ HEADLINES

Sanusi bakal senasib Trump, popular tapi hanya retorik

Penganalisis politik berpendapat peluang untuk mana-mana gabungan parti memikat hati pengundi masih seimbang

8:00 AM MYT

 

ALOR SETAR – Biarpun populariti Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agak ‘melambung’ ketika ini, namun keadaan itu tidak menggambarkan Perikatan Nasional (PN) akan mendapat sokongan sepenuhnya pengundi di Kedah.

Bagi penganalisis politik, peluang untuk mana-mana gabungan parti memikat hati pengundi masih seimbang dengan sokongan terhadap Sanusi ketika ini adalah daripada penyokong tegar PAS di Kedah atau penyokong tegar Ketua Pengarah Pilihan Raya PN itu sendiri.

Penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Azmi Hassan, berkata pandangan pengundi yang tidak terkait dengan PAS termasuk yang selama ini menyokong Umno adalah menarik untuk dipantau.

Azmi Hassan berkata, menurut tinjauan, ada yang tidak puas hati dengan tindak tanduk Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kerana selalu bermusuhan- Gambar UTM, 6 Ogos, 2023

“Kalau ditinjau ada yang tidak puas hati dengan tindak-tanduk Sanusi kerana selalu bermusuhan, retorik tetapi tidak membawa perkembangan atau manfaat kepada Kedah sebagai sebuah negeri, hanya memberi manfaat kepada PAS dan Sanusi sahaja.

‘”Jadi ini menarik untuk diperhatikan kerana saya mengaitkan apa yang berlaku di Amerika Syarikat, Donald Trump dengan penyokong tegarnya. Trump ketika ini makin popular dengan retoriknya, begitu juga dengan Sanusi makin popular dengan retoriknya walaupun bertimbun-timbun masalah dihadapinya.

“Ini kita perlu perhatikan dalam masa dua tiga hari lagi, di mana kedudukan pengundi Kedah yang tidak terkait dengan PAS sama ada keputusan mereka memberi manfaat kepada Kedah, kerana ada yang tidak senang dengan tindak tanduk Sanusi,” katanya kepada Scoop hari ini.

Azmi berkata, berikutan itu gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) perlu menongkah arus strategi Sanusi yang terlihat retorik.

“Maka PH-BN perlu menjelaskan faedah membentuk kerajaan negeri dan manfaatnya, kalau boleh berbaik-baik dengan Pulau Pinang dan kerajaan Persekutuan, manfaatnya nanti kepada negeri Kedah.

“Atas faktanya, ini kelemahan kerajaan PAS tidak kira di Kedah, Kelantan atau Terengganu iaitu pembangunan,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Rusdi Omar, berkata memasuki seminggu berkempen, peluang dilihat masih 50-50.

Rusdi Omar berkata, dari segi populariti memang terlihat seperti Sanusi di depan, namun lama-lama orang akan jemu bila dalam ceramah beliau sering memaki pemimpin – Gambar Scoop, 6 Ogos, 2023

“Dari segi populariti memang terlihat seperti Sanusi di depan, namun lama-lama orang akan jemu bila dalam ceramah itu selalu dok maki pemimpin.

“Dengan tindak tanduk itu, dibimbangi bila Istana Kedah bersuara, takut ia berbalik semula kepada Sanusi kembali, saya tidak rasa istana akan ‘back-up’ dia kalau dia bercakap macam itu,” katanya.

Beliau berkata, sebagai Menteri Besar, Sanusi kena jaga cara bercakap, tatasusila sebagai MB malah popularitinya sekarang juga kesan kes tangkapannya sebelum ini.

“Sekarang bukan masa untuk maki hamun tapi masa untuk tunjukkan apa perancangan dan hala tuju mereka untuk negeri Kedah bagi lima tahun akan datang, rakyat nak tahu apa tawaran manifesto mereka

“Mereka kena tunjukkan apa inisiatif nak bantu rakyat, kalau tidak saya tidak nampak sebab rakyat perlu bersama mereka.

“Pengundi terutama anak muda akan nilai perkara itu, contoh peluang pekerjaan, pendidikan, selain pembangunan di setiap daerah dan sebagainya,” katanya. – 6 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related