◉ HEADLINES

Wanita ditahan bersama lima senjata api di Kuala Krai

Polis berkata operasi itu dilakukan hasil maklumat mengenai aktiviti menyimpan bahagian hidupan liar yang dilindungi

8:49 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang wanita ditahan polis selepas didapati memiliki beberapa laras senjata api pelbagai jenis dalam serbuan di sebuah kediaman di Kampung Miak, Kuala Krai hari ini.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ahmad Radzi Hussain berkata serbuan itu dijalankan pada jam 6.45 petang tadi menerusi Ops Bersepadu Khazanah melibatkan Batalion 8 PGA bersama Jabatan Perhutanan serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Kelantan.

Beliau berkata operasi berkenaan dilakukan hasil maklumat mengenai aktiviti menyimpan bahagian hidupan liar yang dilindungi.

“Pasukan serbuan telah memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa sebelum menjalankan pemeriksaan di dalam rumah terbabit. Hasil pemeriksaan, pasukan menemukan lima laras senjata api pelbagai jenis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Radzi berkata suspek kini ditahan bagi membantu siasatan di bawah kesalahan berkaitan Akta Senjata Api 1960 manakala barang kes dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang untuk tindakan lanjut. – 21 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related