◉ HEADLINES

‘Rain Rave bukan pesta liar’: Tiong

Festival Hari Pekerja jadi sasaran tuduhan liar, Menteri Pelancongan tegaskan acara sah dan berlandaskan undang-undang

8:39 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Festival Muzik Air Rain Rave sempena Hari Pekerja Sedunia yang bakal menggamatkan Bukit Bintang dari 30 April hingga 2 Mei depan kini menjadi medan kontroversi apabila segelintir pihak cuba menimbulkan persepsi negatif di media sosial.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, menegaskan acara itu bukan sekadar hiburan, tetapi sebahagian daripada strategi besar kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) untuk merangsang ekonomi bandar raya, memacu industri pelancongan dan menyokong peniaga kecil serta sederhana.

“Saya mengecam keras beberapa hantaran berunsur hasutan dan fitnah di media sosial Threads oleh pihak tertentu yang sengaja mencetuskan kekeliruan, serta tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

Kenyataan berkenaan telah memutarbelitkan sifat dan tujuan acara, sekali gus mencipta naratif yang mengelirukan serta mengaburi pandangan umum,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Tiong menegaskan orang ramai berhak menyuarakan pandangan, namun ia mesti berasaskan fakta, bukan manipulasi emosi yang boleh menggugat keharmonian masyarakat.

Sebagai perbandingan, beliau menyebut kejayaan Songkran di Thailand yang saban tahun menarik jutaan pelancong dan menjana pulangan ekonomi besar.

“Setiap tahun, ramai rakyat Malaysia turut ke Thailand untuk merasai pengalaman budaya tersebut, yang memberi kesan positif kepada kemasukan pelancong dan aktiviti ekonomi,” katanya.

Menjawab tuduhan liar bahawa peserta diwajibkan berpakaian mencolok mata, Tiong menafikan sekeras-kerasnya.

“Acara ini dianjurkan berlandaskan nilai masyarakat serta kerangka undang-undang negara. Malaysia sebagai negara majmuk perlu terus bergerak ke hadapan dengan mengekalkan keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan tanggungjawab sosial, tanpa terperangkap dalam konflik tidak berfaedah,” katanya.

Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu, Tiong menegaskan sektor pelancongan adalah pemacu penting untuk merangsang perbelanjaan rakyat, menyokong kehidupan harian dan memperkukuh daya tahan industri.

“Usaha mencetuskan kontroversi atau memutar belit fakta hanya akan menjejaskan usaha pemulihan ekonomi dan kestabilan sosial negara,” katanya. – 23 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related