◉ HEADLINES

Nga Kor Ming gesa PBT kurangkan kadar sewa premis hingga hujung tahun

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyarankan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara mengurangkan kadar sewaan premis, gerai dan medan selera sehingga hujung tahun ini, sebagai langkah proaktif Kerajaan MADANI membantu komuniti penjaja dan peniaga kecil yang berdepan kos operasi meningkat

10:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara mempertimbangkan pengurangan kadar sewaan premis perniagaan, gerai dan medan selera seliaan mereka sehingga penghujung tahun ini.

Beliau menegaskan langkah itu adalah usaha proaktif Kerajaan Madani dalam memelihara kebajikan rakyat serta membantu komuniti penjaja dan peniaga kecil yang kini berhadapan peningkatan kos operasi.

“Langkah strategik ini bertujuan meringankan beban kos operasi ditanggung penjaja dan peniaga kecil tempatan sekali gus memangkin pertumbuhan ekonomi pada peringkat akar umbi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nga berkata inisiatif itu juga mampu memastikan kesinambungan operasi perniagaan, mengekalkan peluang pekerjaan dan mengukuhkan daya tahan ekonomi komuniti setempat.

“Dengan memberikan pengurangan sewa ini, kita bukan sahaja membantu kelangsungan hidup peniaga kecil, malah turut membantu memastikan kestabilan harga barangan dan perkhidmatan untuk pengguna,” ujarnya.

Beliau menambah, cadangan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) agar PBT membantu peniaga melalui insentif sewaan adalah wajar sebagai langkah segera. “Pihak saya akan bekerjasama rapat dengan semua PBT di seluruh negara bagi meneliti kaedah pelaksanaan yang bersesuaian mengikut kemampuan kewangan dan keperluan setempat demi memastikan kesejahteraan rakyat serta kelangsungan ekosistem ekonomi bandar terus diperkukuh,” katanya.

“Kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Madani. Kita mahu memastikan tiada golongan tercicir daripada arus pembangunan negara dan terus menikmati manfaat pertumbuhan ekonomi negara,” tegasnya.

Nga menjelaskan inisiatif pengurangan sewaan akan melengkapkan pelbagai usaha berterusan membantu rakyat dan komuniti peniaga kecil termasuk program bantuan keusahawanan, penyediaan kemudahan perniagaan lebih kondusif, penaiktarafan medan selera dan pasar awam serta pelaksanaan inisiatif seperti MyKiosk.

Cadangan pengurangan sewaan ini hadir selepas MTEN pada Selasa lalu menggesa PBT dan kerajaan negeri melaksanakan langkah tersebut serta-merta.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir sebelum ini mendedahkan bahawa kos operasi peniaga kecil, pengusaha pasar malam dan usahawan mikro telah melonjak antara 7 hingga 58% daripada keseluruhan kos perniagaan mereka.

Langkah pengurangan sewa dilihat sebagai pelengkap kepada strategi Kerajaan Madani yang lebih luas — termasuk bantuan keusahawanan, penaiktarafan pasar awam dan medan selera, serta pelaksanaan inisiatif seperti MyKiosk — bagi memastikan komuniti peniaga kecil terus bertahan dalam suasana ekonomi mencabar. – 14 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

No fiscal burden: Post-maternity allowance to support working mothers with no cost to employers: Perkeso

Perkeso says new scheme eases living costs and boosts female workforce participation

◉ Related