◉ HEADLINES

Pemilik kilang maut dihempap pintu pagar besi di Tanah Merah

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian lelaki berkenaan adalah kerana Crushing Head Injury

10:14 AM MYT

 

KOTA BHARU – Seorang lelaki warga emas maut dihempap pintu pagar besi di kilang miliknya di kawasan perindustrian Tanah Merah di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah berkata dalam kejadian pada 3.30 petang itu mangsa telah dihempap pagar berkenaan ketika sedang memeriksa dan menolak pintu pagar untuk menutupnya.

“Secara tiba-tiba roda pagar telah terkeluar daripada landasan menyebabkan pintu pagar terbalik dan menghempap keseluruhan badan mangsa.

“Mangsa warga tempatan yang berumur 70 tahun, telah tersepit akibat ditimpa pagar dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Haki berkata hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau sabotaj dan mayat manga dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk dibedah siasat.

Menurutnya hasil bedah siasat mendapati punca kematian lelaki berkenaan adalah kerana Crushing Head Injury. – 25 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related