◉ HEADLINES

Kes kontrak RM1.1 bilion: Rafizi serah bukti tambahan 28 halaman kepada SPRM

Bekas Menteri Ekonomi hadir ke Ibu Pejabat SPRM bersama barisan peguam, menyerahkan dokumen bukti tambahan setebal 28 halaman bagi memperkukuh siasatan kontrak kerajaan bernilai hampir RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan projek semikonduktor

12:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli hari ini menyerahkan dokumen bukti tambahan setebal 28 halaman kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ketika hadir menyambung keterangan berhubung siasatan kontrak kerajaan bernilai hampir RM1.1 bilion.

Rafizi tiba di Ibu Pejabat SPRM pada jam 9.50 pagi bersama barisan peguamnya, sebelum memberitahu media bahawa penyerahan bukti itu diharap dapat memperkukuh siasatan.

“Selepas keterangan saya pada hari ini (diharap) ia dapat membantu SPRM menentukan lagi hala tuju siasatan,” katanya kepada pemberita sebelum masuk ke pejabat SPRM.

Siasatan ini berkait dengan perjanjian kerjasama strategik industri semikonduktor antara Kementerian Ekonomi dan Arm Holdings dari United Kingdom, yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana didakwa dibuat secara tergesa-gesa dan berat sebelah.

Rafizi telah dipanggil memberi keterangan selama empat hari sebelum ini, manakala setakat ini 22 saksi telah dipanggil termasuk penganalisis politik Chai Jin Shern atau James Chai.

Dua lagi saksi dijangka dipanggil — masing-masing seorang dari Taiwan dan seorang lagi dari Malaysia.

SPRM membuka kertas siasatan pada 16 Februari susulan aduan daripada tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa projek tersebut berisiko memberi kesan kewangan besar kepada kerajaan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009, berkaitan salah guna kedudukan untuk mendapatkan suapan. – 14 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related