◉ HEADLINES

PM beri jaminan bekalan minyak mencukupi, RON95 kekal RM1.99 seliter

Hubungan baik Malaysia dengan beberapa negara termasuk Iran membantu memastikan laluan bekalan minyak negara melalui Selat Hormuz berjalan lancar setakat ini

3:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol dan diesel negara mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Julai ini meskipun konflik di Asia Barat serta keadaan ekonomi global memberi tekanan terhadap rantaian bekalan tenaga dunia.

Perdana Menteri berkata, kerajaan turut komited untuk mengekalkan harga minyak RON95 bersubsidi pada RM1.99 seliter.

Jelasnya, hubungan baik Malaysia dengan beberapa negara termasuk Iran membantu memastikan laluan bekalan minyak negara melalui Selat Hormuz berjalan lancar setakat ini.

“Hubungan baik dengan Iran ini membantu bekalan minyak cukup setakat ini, sampai Julai… Insya-Allah, diesel pun cukup walaupun hari itu ada masalah sedikit diesel tiada, naik sedikit harga kerana kita beli daripada luar yang melalui Selat Hormuz. Insurans naik, tambang kapal pun naik.

“Namun setakat ini, minyak RON95 kekal RM1.99,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Agihan Perdana Lembu Korban MADANI Parlimen Permatang Pauh di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar memberitahu, Presiden Iran Masoud Pezeshkian dijadual menghubunginya pada 6 petang ini bagi membincangkan perkembangan semasa susulan konflik yang melanda rantau Asia Barat.

“Hubungan (baik dengan Iran) itu membantu kita. Ketika Iran diserang oleh rejim Zionis Israel, kita lahirkan simpati dan kemudian apabila kita agak susah, kapal minyak kita nak lalu Selat Hormuz.

“Kita (Malaysia) antara yang pertama yang dapat lepas, jadi kapal kita antara terawal lalu Selat Hormuz dan sampai ke Pengerang (Johor),” katanya.

Anwar berkata Malaysia juga bersyukur kerana keadaan bekalan bahan api negara masih terkawal berbanding beberapa negara jiran yang kini berdepan tekanan lebih serius seperti Filipina. – 26 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Malaysia sees 11.1% increase in crime rate, with property offences and assaults leading the rise

The latest report reveals a spike in property crimes and assaults, while homicides and kidnapping cases show signs of improvement

◉ Related