◉ HEADLINES

PRN Johor: Senarai calon tular palsu

Setiausaha BN Johor menegaskan senarai calon BN Johor yang tular adalah palsu, dan hanya pengumuman rasmi parti akan menentukan calon sebenar

9:21 AM MYT

 

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) Johor menegaskan senarai nama calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang tersebar di media sosial sejak petang semalam adalah palsu dan direka untuk mengelirukan ahli serta penyokong parti.

Setiausaha BN Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, proses pemilihan calon untuk bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masih belum dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan tertinggi BN.

“Saya minta semua pihak, terutama ahli dan penyokong BN agar tidak terpengaruh dengan senarai yang tular itu. Ia rekaan semata-mata. Fokus kita sekarang adalah memperkemas jentera di peringkat akar umbi,” katanya malam tadi.

Beliau menegaskan sebarang pengumuman rasmi mengenai calon BN hanya akan dibuat melalui saluran rasmi parti pada masa yang sesuai.

Terdahulu, senarai calon yang kononnya akan bertanding di 56 kerusi DUN termasuk nama penyandang Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mula beredar di media sosial.

Sebelum ini, Pengerusi BN merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan senarai calon akan dimuktamadkan selepas perbincangan bersama pimpinan parti komponen.

DUN Johor dibubarkan kelmarin bagi memberi laluan kepada PRN ke-16, dengan BN dijangka bertanding di semua 56 kerusi. – 3 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related