◉ HEADLINES

Warga SPRM wajib isytihar harta dalam tempoh sebulan: KP SPRM

Arahan itu merupakan langkah awal di bawah kepimpinannya bagi memperkukuh integriti organisasi, sekali gus untuk membina semula kepercayaan rakyat terhadap SPRM sebagai insititusi yang bebas, profesional dan adil

4:32 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abd Halim Aman mewajibkan kesemua warga agensi itu membuat atau mengemas kini pengisytiharan harta masing-masing dalam tempoh sebulan dari tarikh pemakluman rasmi yang akan dikeluarkan kelak.

Beliau berkata arahan itu merupakan langkah awal di bawah kepimpinannya bagi memperkukuh integriti organisasi, sekali gus untuk membina semula kepercayaan rakyat terhadap SPRM sebagai insititusi yang bebas, profesional dan adil.

“Sebagai mempelopori usaha membina serta meyakinkan kepercayaan rakyat, saya mengarahkan kesemua pegawai SPRM untuk melakukan proses pengisytiharan harta dalam tempoh satu bulan dari tarikh pemakluman yang akan dikeluarkan.

“Bagi mempelopori hasrat tersebut, saya sendiri akan memulakan proses pengisytiharan harta tersebut, Insya-Allah,” katanya ketika menyampaikan amanat sulung pada Majlis Perhimpunan Bulanan SPRM, di sini hari ini.

Abd Halim turut menegaskan bahawa di bawah kepimpinannya, SPRM tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak termasuk tekanan awam, sentimen media atau dijadikan sebagai alat kepentingan politik.

“Keadilan serta kedaulatan undang-undang tanpa pengecualian dan tanpa kompromi, itulah yang akan dipegang. Integriti bukan sekadar slogan atau lafaz ikrar, ia mesti diterjemahkan melalui keputusan yang dicapai secara rahsia dan siasatan diteruskan tanpa gentar,” katanya.

Beliau turut mengingatkan warga SPRM agar tidak mencemarkan imej organisasi dengan terlibat dalam sebarang salah laku sehingga menjadi seperti pepatah “kelapa yang ditebuk tupai” atau “setitik nila yang merosakkan susu sebelanga”.

Selain itu, beliau menekankan bahawa warga kerja SPRM perlu berteraskan dua sifat utama iaitu kuat dan amanah, sebagaimana digariskan dalam Surah Al-Qasas.

Abd Halim berkata sifat kuat merujuk kepada kecekapan dan kepakaran dalam melaksanakan tugas, manakala amanah pula mencerminkan kejujuran yang menjadi tunjang kepada perkhidmatan awam.

“Gabungan kedua-dua sifat ini akan memastikan SPRM terus dihormati sebagai benteng utama integriti negara,” katanya.

Menyentuh budaya kerja organisasi, Abd Halim turut mengingatkan warga SPRM supaya menjauhi sikap sombong serta ego ketika menjalankan tugas kerana setiap tindakan mereka sentiasa diperhatikan dan dinilai oleh masyarakat.

Beliau turut menegaskan bahawa keadilan tidak boleh dirunding dan integriti sebenar sering diuji melalui keupayaan seseorang untuk menolak campur tangan atau pengaruh yang berkepentingan. – 8 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related