◉ HEADLINES

Mencemarkan nama baik kerabat: Sultan Brunei lucut gelaran isteri Pengiran Muda ‘Abdul Malik

Sultan Brunei menitahkan penarikan balik gelaran 'Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri' daripada Pengiran Raabi'atul Adawiyyah kerana dianggap tidak menghormati Baginda dan Kerabat Diraja

12:02 PM MYT

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Gelaran ‘Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri’ kepada Pengiran Raabi’atul Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah, isteri Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, ditarik balik serta-merta.

Pemangku Grand Chamberlain, Yang Mulia Pengiran Haji Raffizanna bin Pengiran Haji Razali memaklumkan perkhabaran itu pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Menerusi laporan RTB News, penarikan balik gelaran berkenaan disebabkan kelakuan-kelakuannya yang tidak melayakkan sebagai pasangan Kerabat Diraja dan mencemarkan nama baik serta tidak menghormati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Tambahnya, kelakuan berkenaan turut mencemarkan nama baik dan tidak menghormati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta Kerabat Diraja. – 8 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related