◉ HEADLINES

Kediaman Najib di Langgak Duta mula dibanjiri media, polis perketat kawalan

Kawalan keselamatan diperketatkan di dua lokasi utama sejurus Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pengampunan bersyarat buat Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman di rumah

1:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penjara Kajang dan kediaman persendirian bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini menjadi tumpuan utama pengamal media tempatan dan antarabangsa susulan pengumuman bersejarah mengenai pengampunan bersyarat beliau hari ini.

Perkembangan drastik ini berlaku sejurus Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri mengesahkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim telah memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.

Di luar Penjara Kajang—tempat bekas pemimpin berusia 73 tahun itu menjalani hukuman sejak 23 Ogos 2022—petugas Jabatan Penjara Malaysia bertindak mengetatkan kawalan keselamatan serta-merta.

Sekatan jalan raya dibuat di laluan utama bagi mengawal pergerakan keluar masuk, manakala petugas media hanya dibenarkan menunggu di kawasan khas kira-kira 10 meter dari pintu pagar utama.

Setakat jam 12.30 tengah hari, tiada pergerakan konvoi rasmi yang membawa Najib dikesan keluar dari kompleks berkenaan.

Sementara itu di ibu negara, lebih 50 pengamal media dan kru kamera mula berkumpul di luar kediaman Najib di Jalan Langgak Duta.

Kawalan ketat pihak polis turut kelihatan di sekitar premis bagi mengawal keadaan dan memastikan keselamatan.

Keputusan ini dicapai dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-64 yang dipengerusikan oleh Sultan Ibrahim di Istana Negara hari ini.

BHEUU menegaskan bahawa sekiranya Najib gagal mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan atau gagal menjelaskan denda RM50 juta tersebut, perintah tahanan di rumah ini akan terbatal secara serta-merta dan beliau wajib meneruskan baki hukuman di dalam penjara. – 18 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Malaysia sees 11.1% increase in crime rate, with property offences and assaults leading the rise

The latest report reveals a spike in property crimes and assaults, while homicides and kidnapping cases show signs of improvement

◉ Related