◉ HEADLINES

Perjuangan DAP bukan lawan mana-mana kaum tapi angkat status sosio ekonomi semua

Saya nak isytiharkan malam ini, DAP menyokong dasar untuk membantu Melayu, kerana membantu Melayu juga bermaksud membantu rakyat Malaysia: Loke

8:07 AM MYT

 

BALING – DAP beri jaminan empat perkara penting dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk Islam sebagai agama Persekutuan tidak akan disentuh, sebaliknya dipertahankan selama-lamanya.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata begitu juga dengan kedudukan orang Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan institusi raja Melayu.

“Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) tanya DAP boleh bersetuju? Saya kata Dato Seri perjuangan DAP bukan hendak melawan mana-mana kaum, kita nak angkat status sosio ekonomi rakyat Malaysia, yang miskin mesti dibantu.

“Apa masalah kalau nak bantu? tidak ada masalah, saya cakap apabila kerajaan bantu warga Felda, apa masalah dengan kita, pernah tak kita bangkitkan atau bantah di Kabinet? Tidak ada.

“Jadi nak bantu rakyat, nak bantu Melayu saya nak isytiharkan malam ini, DAP menyokong dasar untuk membantu Melayu, kerana membantu Melayu juga bermaksud membantu rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ceramah Jelajah Perpaduan Madani Kedah di Padang Awam Kupang dekat sini malam tadi. Program berkenaan adalah sebahagian daripada Jelajah Perpaduan Madani Kedah yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata, begitu juga dengan komitmen mempertahan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Orang muda dalam DAP naik pentas (ceramah) Steven Sim, tidak boleh bahasa Melayu ke? Howard Lee tak boleh bahasa Melayu ke? Ini DAP bukan Gelakan (Gerakan).

 “Saya cakap dengan Datuk Seri Ahmad Zahid, aku punya SPM Bahasa Melayu A1, dulu masa belajar saya baca Dewan Masyarakat.

“Tidak ada masalah (berbahasa Melayu) sebab kaum Tionghua ini rasa bangga kita boleh berbahasa dalam pelbagai bahasa, Melayu boleh, Inggeris boleh, Mandarin boleh, jadi ini keunikan Malaysia, keindahan dalam negara kita,” katanya.

Beliau berkata, DAP juga komited berpegang kepada prinsip pertahankan institusi raja Melayu.

 “Apabila bentuk Kerajaan Perpaduan, Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua parti yang ada wakil dalam Parlimen bekerjasama, ketepi persengketaan, perbezaan, tubuh Kerajaan Perpaduan.

“DAP parti pertama cakap dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita sokong, kerjasama dengan mana parti pun tak ada masalah sebab yang penting kita nak negara dan politik stabil.

“Hari ini kedudukan Melayu tidak terhakis, Perdana Menteri Melayu, Timbalan Perdana Menteri Melayu, Ketua Hakim Negara Melayu, Peguam Negara Melayu, Ketua Polis Negara Melayu, hampir semua menteri Melayu

“Jadi jangan bimbang, (dengan) soal kedudukan politik orang Melayu,” katanya. -5 Ogos, 2023.

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related