◉ HEADLINES

Konten podcast Afdlin Shauki disekat di TikTok, adakah ia gara-gara sabotaj?

Podcast tersebut dimeriahkan dengan kehadiran Azwan Ali dan Zed Zaidi, dengan topik antaranya tentang Hulu Kelang

6:00 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Produser, pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki Aksan kesal serta hampa apabila podcast bertajuk Siapa Diva Hulu Kelang? yang disiarkan pada jam 9 malam tadi di TikTok, Shauki Store telah disekat.

Sekatan itu mengakibatkan podcast yang turut dimeriahkan oleh dua tetamu selebriti iaitu pengacara sensasi Azwan Ali atau Diva AA dan presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi tidak dapat ditonton selepas 30 minit bersiaran.

“Saya tidak faham kenapa ia berlaku sedangkan perbincangan di dalam podcast tersebut tidak langsung mengandungi unsur kecaman atau hentaman kepada pembangkang.

“Memanglah ‘clickbait’ yang digunakan itu agak panas tetapi apa yang dibincangkan sepanjang podcast hanyalah sekadar topik-topik umum iaitu antaranya mengenai penglibatan golongan seni di dalam politik serta pengaruh anak-anak seni sewaktu kempen,’’ katanya kepada Scoop.

Mengulas lanjut, Afdlin yang juga Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) Media Sdn Bhd berkata, konten podcast yang diterbitkan pasukannya iaitu Padu Podcast itu turut membincangkan debaran Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

“Kebetulan Zed Zaidi dan Diva AA mengundi di Hulu Kelang, jadi kita bertanya pandangan peribadi mereka terhadap dua calon yang bertanding di DUN tersebut iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mewakili Perikatan Nasional (PN) serta Juwairiya Zulkifli dari Pakatan Harapan (PH).

“Selain itu, kita juga membincangkan penambahbaikan yang perlu dilakukan demi kemajuan DUN Hulu Kelang itu sendiri,” katanya.

Jelas Afdlin lagi, masalah di TikTok adalah apabila wujudnya ‘organise scheme’ yang akan melaporkan apa sahaja kandungan yang bertentangan dengan mereka sekali pun kandungannya adalah biasa-biasa sahaja.

“Mereka ini (organise scheme) tahu bagaimana sistem TikTok beroperasi dan mereka juga tahu podcast kita ditonton ramai melalui platform tersebut. Mujurlah kita siarkan podcast ini di platform media sosial lain seperti facebook Afdlin Shauki, Instagram @afdlinshaukiofficial dan YouTube Shauki TV.

“Apa yang saya kesalkan kita mahu berpolitik secara matang tetapi apabila sekatan ini berlaku, ia menyedihkan. Masalahnya, engkau nak orang dengar pandangan engkau semata-mata, bila pandangan orang lain kau tak mahu dengar. Itu menunjukkan betapa tidak matangnya segelintir masyarakat dalam berpolitik,” katanya.

Meskipun berdepan sekatan, namun Afdlin tetap akan terus menerbitkan episod podcast yang seterusnya.

“Sebuah episod podcast bakal diterbitkan dalam masa terdekat dan sebuah lagi pada malam pengundian PRN 2023, yang menggabungkan tetamu dari PN, PH dan PAS,’’ katanya. – 9 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

Khazanah: A pattern of liquidation after a series of failed investments

With one failed investment after another, a disturbing pattern seems to emerge with Khazanah rather going into liquidation than fulfilling its contractual obligations.

◉ Related