◉ HEADLINES

Sanusi persembah senarai calon Exco kepada Sultan Kedah Khamis ini

Senarai nama calon Exco tersebut diperoleh daripada kepimpinan parti komponen Perikatan Nasional

8:08 PM MYT

 

ALOR SETAR – Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan menghadap Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mempersembahkan senarai nama calon Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Exco) di Istana Anak Bukit, Khamis ini.

Beliau berkata senarai nama calon Exco tersebut diperoleh daripada kepimpinan parti komponen Perikatan Nasional dan akan dipersembah kepada Sultan Kedah untuk mendapat perkenan baginda.

“Minggu ini persembahkan senarai calon Exco dan awal minggu depan akan angkat sumpah, lepas itu baru kita susun perkara lain… susah hendak buat pilihan, saya terima (nama), saya tapis sikit dan bagi pandangan sedikit sebelum persembahkan kepada Tuanku Sultan.

“Sekiranya Tuanku Sultan perkenan okey la semuanya, kalau tidak kita akan buat pertukaran… saya tidak boleh bagi tahu nama siapa kerana tidak boleh mendahului proses-proses yang sepatutnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain bahawa polis akan memanggil beliau untuk memberi keterangan berhubung tindakan yang dikatakan sengaja menayang kertas undi kepada petugas media pada hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu, Muhammad Sanusi meminta cerita berkaitan perkara itu dihentikan.

Razarudin hari ini memaklumkan siasatan terhadap Menteri Besar Kedah itu dijalankan selepas didakwa melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan pihaknya akan melihat cadangan yang bersesuaian termasuk mengikut Sekyen 19 akta sama.

Terdahulu, Muhammad Sanusi merasmikan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kedah dan mengedarkan bendera itu di dua lokasi iaitu Plaza Tol Alor Setar (Utara) dan premis perniagaan di Kompleks City Plaza di sini.

Beliau berkata kempen itu bertujuan menyemarak dan menyemai semangat patriotik dalam kalangan masyarakat Malaysia terutama di Kedah sempena sambutan Hari Kebangsaan. – 15 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related