◉ HEADLINES

Dicop ‘budak Hisham’, Dr Akmal kata itu gambar 2019, cukuplah melabel sana sini

Menurut Akmal, gambar tersebut diambil semasa perjumpaan mereka ketika Umno masih lagi pembangkang dan PH menerajui kerajaan ketika itu

3:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh tampil menjelaskan gambar beliau bersama dengan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang ditularkan di media sosial sejak semalam, diambil pada 2019.

Menurutnya, gambar tersebut adalah semasa perjumpaan mereka ketika Umno masih lagi pembangkang dan kerajaan ketika itu adalah Pakatan Harapan (PH).

“Suka saya ingin menjelaskan, gambar yang ditularkan itu adalah sewaktu perjumpaan saya dengan beliau pada 25 September 2019.

“Ya 2019! Ketika itu saya hanyalah sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Jasin dan belum lagi menjadi Ketua Pemuda Umno serta ketika itu beliau juga masih lagi ahli Umno,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Gambar tersebut adalah semasa perjumpaan mereka ketika Umno masih lagi pembangkang dan kerajaan ketika itu adalah Pakatan Harapan (PH) – Gambar Facebook Akmal Saleh, 2023

Sejak semalam, tular gambar Dr Akmal bersama Hishammuddin yang juga mantan Naib Presiden Umno di media sosial.

Ada mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau yang juga Exco kerajaan Melaka itu berkomplot dengan Hishammuddin dan tidak kurang ada juga melabel beliau sebagai ‘budak Hisham’.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Dr Akmal meminta semua pihak dalam parti supaya menghentikan budaya gemar label-melabel antara satu sama lain.

Sebaliknya, beliau berkata, semua pemimpin dan ahli parti perlu menumpukan kepada usaha memulihkan Umno.

“Cukuplah kita nak melabel sana sini. Umno ini perlu dipulihkan, bukan terus tuduh menuduh tanpa asas.

“Tugas kita untuk kembalikan kepercayaan rakyat kepada Umno, bukan menjauhkan rakyat dari Umno,” katanya. – 18 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related