◉ HEADLINES

Dua individu termasuk pengarah syarikat ditahan, disyaki minta, terima rasuah RM1 juta

Suspek utama telah ditahan melalui satu operasi khas yang dijalankan Bahagian Perisikan SPRM di sebuah restoran di mana tiga keping cek bernilai kira-kira RM1 juta diserahkan kepadanya

5:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan dua individu termasuk pengarah urusan sebuah syarikat kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta daripada pengarah syarikat pembekal pasir sebagai balasan tidak melaporkan perbuatan rasuah syarikat tersebut kepada SPRM.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu telah ditahan secara berasingan antara jam 2 petang dan 8 malam semalam di sebuah restoran sekitar Pulau Pinang dan di pejabat SPRM Pulau Pinang.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang merupakan seorang individu tidak bekerja (suspek utama) dan seorang pengarah urusan syarikat pembekal pasir disyaki melakukan perbuatan tersebut pada Mac lalu.

“Semalam suspek utama telah ditahan melalui satu operasi khas yang dijalankan Bahagian Perisikan SPRM di sebuah restoran di mana tiga keping cek bernilai kira-kira RM1 juta diserahkan kepadanya,” katanya.

Kata sumber, suspek utama turut disyaki mengugut untuk membuat laporan kepada SPRM sekiranya tidak dibayar.

Menurut sumber, SPRM turut menyita beberapa barangan seperti tiga keping cek bernilai kira-kira RM1 juta dan empat unit telefon bimbit.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009 dan setakat ini seorang saksi telah diambil keterangan. – 3 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related