◉ HEADLINES

Universiti diarah tangguh kutipan yuran daripada pelajar miskin : Zambry

Zambry turut meminta universiti untuk menguruskan bantuan awal pengajian melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi pelajar yang tidak berkemampuan

4:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua universiti awam diarahkan untuk menangguhkan kutipan yuran kemasukan daripada pelajar miskin dan daif, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Beliau turut meminta universiti untuk menguruskan bantuan awal pengajian melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi pelajar yang tidak berkemampuan.

“Setiap mahasiswa yang ditawarkan tempat ke universiti tidak sepatutnya melepaskan peluang melanjutkan pendidikan hanya kerana masalah kewangan.

“Mahasiswa yang berdepan sebarang masalah boleh terus berhubung dengan pihak universiti atau Kementerian Pendidikan Tinggi.

“Saya daripada latar belakang itu (pelajar tidak berkemampuan), saya tahu tentang kesusahan itu. Saya tidak mahu ia dijadikan sebagai satu alasan untuk tidak mahu masuk ke universiti.

“Saya telah mengarahkan kepada pihak universiti supaya ambil (mahasiswa), pihak universiti akan menerima saudara saudari terlebih dahulu dan selepas itu kita akan susun dan melakukan PTPTN) dan sebagainya.

“Salah satu pendekatan yang dibuat PTPTN ialah kita akan memberi wang pendahuluan bagi membolehkan pelajar mendaftarkan diri sebagai mahasiswa-mahasiswi baharu di universiti yang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu rakaman video bersama Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook hari ini.

Sementara itu, Asyraf berkata, setiap pelajar termasuk golongan yang tidak berkemampuan mesti meneruskan perjuangan untuk mencari ilmu.

Ini kerana, beliau menerima banyak emel dan mesej di laman sosial mengenai perihal pelajar yang tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

“Yang penting jangan jadikan alasan kekangan kewangan sebagai halangan untuk menyambung pengajian. Sesungguhnya hanya ilmu sahaja yang boleh merubah hidup kita dan keluarga.

“Contoh yang paling jelas di depan mata (merujuk Zambry), anak seorang nelayan di Pulau Pangkor hari ini berjaya dengan cemerlang, belajar di universiti di Amerika Syarikat, kumpulan pertama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, akhirnya menjadi menteri,” katanya. – 19 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

◉ Related