◉ HEADLINES

PRK: Amanah yakin mampu pertahan kemenangan di Pulai, Simpang Jeram

Momentum kejayaan pada Pilihan Raya Negeri di enam negeri baru-baru ini, dapat diulangi pada PRK kali ini, sekali gus memastikan kemenangan calon Kerajaan Perpaduan

6:28 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) optimis Amanah mampu mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, dengan majoriti selesa pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 9 Sept ini.

Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu yakin momentum kejayaan pada Pilihan Raya Negeri di enam negeri baru-baru ini, dapat diulangi pada PRK kali ini, sekali gus memastikan kemenangan calon Kerajaan Perpaduan.

“Kita yakin dengan (kerjasama) rakan Kerajaan Perpaduan, kita mampu menang lebih (majoriti) dan menang dengan selesa.

“Momentum (jentera) akan menjadi lebih baik di Johor (PRK) dan suasananya akan lebih hebat selepas penamaan calon, tempoh berkempen hingga hari pengundian nanti,” katanya pada sidang media pengenalan calon PH, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Mohamad turut memperkenalkan calon Kerajaan Perpaduan bagi Parlimen Pulai iaitu bekas Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat dan calon DUN Simpang Jeram, seorang jurutera Nazri Abdul Rahman.

PRK Pulai dan Simpang Jeram diadakan selepas berlaku kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon kedua-dua PRK pada 26 Ogos, pengundian awal 5 Sept dan hari pengundian pada 9 Sept. – 24 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related