◉ HEADLINES

Hadis 40 Imam Nawawi: PAS adakan dialog beri penjelasan kepada Gerakan

Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata PAS sentiasa berhubung dengan Gerakan dalam membincangkan mana-mana isu berbangkit

6:30 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – PAS akan mengadakan majlis dialog bersama Gerakan bagi memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah agama. 

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata PAS sentiasa berhubung dengan Gerakan dalam membincangkan mana-mana isu berbangkit.

“Kita akan adakan dialog (dengan Gerakan), ini bukan kali pertama. Ia sentiasa dibuat. Itu (isu modul) cuma satu isu sahaja, banyak isu-isu lain (yang juga diperbincangkan),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program dialog bersama rakyat Parlimen Pulai di Taman Tampoi Utama, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada PAS akan memberi penjelasan mengenai modul itu kepada Gerakan yang mempertikaikan pelaksanaannya.

Hari ini, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata PAS menyokong penuh inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) untuk melaksanakan modul di 289 sekolah kerajaan secara rintis kepada guru dan murid beragama Islam.

Pada 19 Ogos lepas, KPM melancarkan modul hadis itu yang bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah, antara lain untuk menerapkan kefahaman agama dan memupuk semangat kasih sayang khususnya dalam kalangan guru dan pelajar beragama Islam.

Program rintis modul itu akan dilaksanakan di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara. – 27 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related