◉ HEADLINES

Korea Selatan dan Jepun boleh bantu Asean dalam melonjakkan ekonomi dan menangani perubahan iklim: PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia mengalu-alukan penubuhan Pusat Kerjasama ASEAN-Korea Selatan untuk Keneutralan Karbon dan Peralihan Hijau

9:52 PM MYT

 

JAKARTA – Malaysia percaya penyertaan dan sokongan Korea Selatan menerusi Inisiatif Perpaduan Korea Selatan-ASEAN dan strateginya dalam Pandangan ASEAN terhadap Indo-Pasifik akan sealiran dengan usaha bersama rantau ini untuk membina semula negara anggotanya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.   

Beliau berkata inisiatif Korea Selatan yang menyasarkan kepada pemulihan dan daya tahan ekonomi berikutan impak COVID-19,  persaingan geopolitik dan ancaman perubahan iklim mampu memudah cara celik digital, teknologi inovatif dan kesalinghubungan infrastruktur digital bagi mempromosi pertumbuhan ekonomi dan memperkasakan insan di rantau ini.

Berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN-Korea Selatan Ke-24 di sini hari ini, Anwar berkata dalam konteks Malaysia, Kerangka Ekonomi MADANI menekankan pemerkasaan dan pengiktirafan perusahaan kecil dan sederhana dengan memudah cara peralihan mereka kepada model perniagaan digital. 

“Kami menekankan kepentingan pertumbuhan hijau dan kemampanan iklim, seiring dengan mengoptimumkan penggunaan tanah untuk keterjaminan makanan. Keutamaan kami ialah untuk mencapai pembangunan sosioekonomi yang rendah karbon dan berdaya tahan terhadap iklim sambil menumpukan pemuliharaan  sumber dan ekosistem negara,” katanya.   

Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menghadiri sidang kemuncak itu hari ini yang dipimpin Presiden Indonesia Joko Widodo bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 hari ini.

Memandangkan usaha menangani perubahan iklim memerlukan tindakan bersama daripada semua negara,  Anwar berkata Malaysia mengalu-alukan penubuhan Pusat Kerjasama ASEAN-Korea Selatan untuk Keneutralan Karbon dan Peralihan Hijau.

Beliau juga mengalu-alukan cadangan untuk menubuhkan satu Perkongsian Strategik Komprehensif ASEAN-Korea Selatan bersempena ulang tahun ke-35 hubungan dialog ASEAN-Korea Selatan tahun depan dan ingin menyaksikan Kerjasama ASEAN-Korea Selatan mendukung trend mega transformatif di masa hadapan. 

Semasa Sidang Kemuncak ASEAN-Jepun ke-26 yang dihadir Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, Anwar berkata kedua-dua pihak perlu menggandakan usaha untuk menangani perubahan iklim dengan menyokong penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

Beliau berkata ASEAN boleh menggunakan kepakaran Jepun dalam membangunkan teknologi tenaga bersih dan amalan terbaik dalam tenaga boleh diperbaharui menerusi Perkongsian Kecekapan Tenaga ASEAN-Jepun dan Agenda Iklim ASEAN-Jepun 2.0.

“Perubahan iklim menjadi ancaman bukan hanya kepada negara kami tetapi juga kepada planet ini,” kata Anwar. – 6 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Taib Mahmud: a life of controversies and political intrigue

The diminutive and flamboyant Tun Abdul Taib Mahmud has left an indelible mark on Sarawak and the country, seeing that he was its chief minister for 33 years and later, the governor for nearly a decade.

PayNet confirms DuitNow QR code transaction fee for merchants starting Oct 1

In a statement on the matter, PayNet, the operator of DuitNow QR, clarified that the fee follows the lifting of a waiver on the merchant discount rate, which is charged based on a percentage of the payment transaction value.  

◉ Related