◉ HEADLINES

PH kekalkan penguasaan di Pulai, Simpang Jeram

Suhaizan memperoleh kemenangan selesa di Pulai menewaskan Zulkifli Jaafar (PN) dan calon bebas, Samsudin Mohamad Fauzi manakala Nazri menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Dr Mohd Mazri Yahya dan calon bebas, S. Jeganathan

10:23 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Kerajaan Perpaduan mengekalkan kemenangan di Parlimen Pulai dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram selepas calon Pakatan Harapan (PH) menang di kedua-dua kawasan berkenaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini.

Calon PH Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat memperoleh kemenangan selesa di Pulai dengan menewaskan Zulkifli Jaafar (PN) dan calon bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.

Suhaizan yang juga bekas Speaker DUN Johor akhirnya menang selepas enam kali tewas pada pilihan raya sebelum ini.

Beliau memperoleh 48,283 undi, menewaskan Zulkifli yang mendapat 29,642 undi dan calon Bebas (528 undi). Suhaizan memperoleh 18,641 undi majoriti.

Manakala calon PH bagi DUN Simpang Jeram, Nazri Abdul Rahman berjaya menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Dr Mohd Mazri Yahya dan calon bebas, S. Jeganathan.

Nazri menang dengan majoriti 3,514 undi. Beliau memperoleh 13,844 undi manakala Dr Mazri mendapat 10,330 undi dan S. Jeganathan (311 undi).

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, Salahuddin berjaya mempertahan kerusi Parlimen Pulai selepas memperoleh 64,900 undi.

Allahyarham menang dengan majoriti 33,174 undi menewaskan Datuk Nur Jazlan Mohamed (Barisan Nasional) yang memperolehi 31,174 undi manakala PN, Loh Kah Yong (20,677).

Salahuddin juga berjaya mempertahankan DUN Simpang Jeram buat penggal kedua pada PRN Johor tahun lalu, apabila memperoleh 8,749 undi mengalahkan calon PN,  Zarul Salleh (6,350 undi), calon BN, Lokman Md Don (6,062) dan calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Mahaizal Mahmor dengan 208 undi. – 9 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related