◉ HEADLINES

Banjir kilat, 102 penduduk dipindahkan di dua pusat pemindahan di Baling

Kesemua mangsa dipindahkan ke dua PPS berkenaan selepas rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat yang berlaku di sekitar Baling sejak petang semalam

9:16 AM MYT

 

ALOR SETAR – Seramai 102 penduduk terdiri daripada 33 keluarga dipindahkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran banjir kilat di daerah Baling, malam tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata dua PPS tersebut adalah Masjid Islahiyah Tawar dan Masjid Binjul Luar.

“PPS Masjid Islahiyah Tawar yang dibuka pada pukul 11 malam menempatkan 91 mangsa daripada 31 keluarga, manakala PPS Masjid Binjul Luar yang dibuka pada 12 tengah malam itu pula menempatkan 11 mangsa daripada dua keluarga.

“Kesemua mangsa dipindahkan ke dua PPS berkenaan selepas rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat yang berlaku di sekitar Baling sejak petang, semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau hujan lebat itu juga telah menyebabkan air Sungai Ketil melimpah ke tebing di Kampung Padang Empang dan Kampung Iboi.

Beliau berkata bacaan paras air sungai berkenaan yang dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Stesen Sungai Ketil di Kampung Kuala Pegang menunjukkan melebihi paras bahaya iaitu 36.19 meter setakat 8 malam tadi.

“Kesemua mangsa yang dipindahkan berada dalam keadaan selamat dan sedang dipantau oleh agensi yang terlibat serta tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya. – 22 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

The Formula for F1’s return to Sepang – Dr Helmy Haja Mydin

The biggest race turnout at the SIC to date is enough cause to consider a resurrection of the Malaysian GP

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Shadow AI in public sector raises questions over governance and data security – KV Soon

Concerns emerge over the use of AI agents linked to an official work email, highlighting the need for stronger oversight, accountability and safeguards

◉ Related