◉ HEADLINES

Wee Ka Siong pertahan jawatan presiden MCA

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam memperoleh 569 undi, mengalahkan pesaingnya yang juga bekas ahli jawatankuasa pusat Datuk Tan Chong Seng yang hanya mendapat 11 undi.

12:03 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Wee Ka Siong berjaya mempertahankan jawatan sebagai presiden MCA untuk penggal kedua, selepas memperolehi kemenangan besar mengatasi pencabarnya pada pemilihan parti berkenaan, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam memperoleh 569 undi, mengalahkan pesaingnya yang juga bekas ahli jawatankuasa pusat Datuk Tan Chong Seng yang hanya mendapat 11 undi.

Sementara Datuk Mah Hang Soon menang tanpa bertanding untuk jawatan timbalan presiden MCA.

Hang Soon mempertahankan kedudukan tanpa dicabar mana-mana pihak.

Pemilihan parti itu diadakan secara serentak di semua MCA Bahagian yang bermula dari jam 2 petang hingga 7 malam tadi di Dewan San Choon, Wisma MCA, di sini.

Sementara itu dalam pemilihan Jawatankuasa Pusat Pemuda dan Wanita MCA 2023, yang diadakan semalam, Ling Tian Soon dipilih sebagai Ketua Pemuda MCA yang baharu manakala Mike Chong Yew Chuan dilantik sebagai timbalan.

Sementara Ketua Wanita MCA Kebangsaan pula adalah Wong You Fong. Terdahulu, Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon memberitahu kadar keluar mengundi dalam kalangan perwakilan adalah 56 peratus. – 24 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related