◉ HEADLINES

SOP lesen borong beli BPI pengusaha restoran diperincikan

KPKM melalui Pejabat Kawalselia Padi dan Beras akan mengadakan pertemuan bersama pemegang taruh berhubung perincian SOP pemberian lesen borong itu

4:18 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Prosedur operasi standard (SOP) pemberian lesen borong kepada pengusaha restoran untuk membolehkan mereka membeli beras putih import (BPI) pada harga borong  daripada Padiberas Nasional Bhd (Bernas) akan diperincikan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Pejabat Kawalselia Padi dan Beras akan mengadakan pertemuan bersama pemegang taruh berhubung perincian SOP pemberian lesen borong itu.

“Pengusaha restoran akan diberikan harga borong bagi membeli BPI agar mereka tidak tertumpu kepada beras putih tempatan (BPT) sahaja untuk penjualan makanan di restoran dan juga sebagai langkah jangka pendek mengatasi kekurangan BPT dalam pasaran,” katanya.  

Mohamad berkata demikian ada sidang media selepas merasmikan Persidangan Tahunan Pengairan dan Saliran ke-25 di sini hari ini.

KPKM pada 24 Sept memutuskan akan memberikan lesen borong kepada pengusaha restoran supaya mereka boleh membeli BPI pada harga borong RM3.20 sekilogram daripada Bernas dan persatuan pengusaha restoran perlu mengemukakan permohonan kepada KPKM untuk mendapatkan lesen borong terbabit.

Media sebelum ini melaporkan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) meminta kerajaan memperincikan segera SOP berhubung lesen borong yang boleh diberikan kepada pengusaha restoran susulan kesukaran mendapatkan beras putih tempatan (BPT), menyebabkan kebanyakan mereka terpaksa bergantung sepenuhnya kepada BPI.

Mengenai isu monopoli beras seperti diutarakan pelbagai pihak, Mohamad berkata kerajaan memerlukan alasan kukuh dan tempoh tertentu sekiranya hendak memecahkan monopoli beras negara yang dikuasai Bernas ketika ini, kerana kerajaan terikat dengan perjanjian bagi tempoh 10 tahun, iaitu dari 11 Jan 2021 hingga 10 Jan 2031.

“Kalau nak buat rombakan perlu ada perbincangan dengan Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan juga Jabatan Perdana Menteri sebab soal beras melibatkan isu makanan dan keterjaminan makanan yang perlu ditangani bersama. 

“Oleh itu, hal memecahkan monopoli itu adalah perkara yang perlu diambil perhatian, pada masa sama soal kelestarian juga (perlu) diambil perhatian. Bagaimanapun dalam hal yang begitu penting ini, saya yakin Kabinet boleh buat cadangan atau perubahan dari semasa ke semasa,” katanya.

Mengulas cadangan Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh agar penjualan beras tempatan yang disubsidi kerajaan dihadkan kepada rakyat Malaysia sahaja dan tidak dijual kepada warga asing, Mohamad berkata perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana ia melibatkan soal kemanusiaan dan kebajikan.

“Kita tahu warga asing yang datang ke sini (Malaysia) antaranya kita yang panggil mereka (untuk bekerja) terutama sekali dalam sektor yang memerlukan tenaga seperti perladangan, pembinaan dan jadi pengawal keselamatan. Bagi saya ia soal kemanusiaan, mereka perlu makan dan pertimbangan ini perlu.

“Dalam suasana begini, jangan kita gopoh sebab kalau pekerja kita (sendiri) berada di luar negara dan mereka tidak boleh dapat beras murah untuk makan, kita akan terasa. Jadi ini soal kemanusiaan, saya rasa perlu mereka terus diberi izin untuk membeli beras di Malaysia ini termasuk beras tempatan,” katanya. – 26 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related