◉ HEADLINES

PAS akui hadapi ‘masalah’ agih kerusi dalam gabungan PN

Gerak kerja parti khususnya di peringkat cawangan juga perlu ditingkatkan kerana ia menjadi syarat kekuatan dalam 'merebut' kerusi dengan parti komponen dalam PN

3:01 PM MYT

 


SHAH ALAM — PAS mengakui wujud ketidakpadanan dalam agihan kerusi pilihan raya antara parti gabungan dalam Perikatan Nasional (PN), apabila kerusi yang dituntut PAS tidak berjaya diperolehinya.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, masalah terbesar yang dilaluinya ialah untuk meletakkan calon pada pilihan raya melibatkan parti dalam gabungan itu.

“Setiap kali pilihan raya, perkara besar yang terpaksa dihadapi adalah pengagihan kerusi….kita tiada masalah untuk meletakkan calon tetapi apabila kita bersahabat, membina muafakat politik, kita ada perundingan kerusi.

“Ada kerusi kita nak kadangkala tidak dapat, ada yang kita tak sangka, tiba-tiba dapat…paling pelik, yang tidak dapat rasa menang, yang dapat tak rasa menang,” katanya semasa sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-69, di sini, hari ini.

Selain itu beliau berkata, gerak kerja parti khususnya di peringkat cawangan perlu ditingkatkan kerana ia menjadi syarat kekuatan dalam ‘merebut’ kerusi dengan parti komponen dalam PN.

“Muafakat politik dalam PN perlu diperkukuhkan, khususnya di peringkat kawasan dan akar umbi bagi memperkasakan agenda berkenaan.

Tambah beliau, PAS turut berdepan kekurangan dari aspek kesediaan parti untuk mendukung gelombang perubahan walaupun semangat itu jelas sudah ditunjukkan pengundi.

“Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), kita akui ada gelombang dalam kalangan rakyat untuk buat perubahan, namun kesediaan parti untuk mendukung (parti) agak kekurangan menyebabkan hasrat itu tidak dapat disambut oleh jentera parti.

“Sedangkan kita berpotensi besar untuk menawan Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan pada masa hadapan kerana gelombang sokongan ada pada kita.

“Malah kawasan yang sebelum ini menjadi masalah besar buat kita khususnya di Felda, kini sudah menjadi lubuk buat kita,” katanya. – 22 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related