◉ HEADLINES

30 produk Gardenia naik harga 10-40 sen mulai 1 Oktober ini

Produk yang terlibat meliputi rangkaian ban, roti krim, muffin, sapuan (spread) dan mi kuning

5:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, pengeluar produk roti Gardenia di Semenanjung Malaysia mengesahkan kenaikan harga produknya bermula 1 Oktober ini.

Syarikat itu menerusi satu kenyataan kepada Scoop memaklumkan kenaikan harga itu hanya membabitkan 30 daripada 58 produknya meliputi rangkaian ban, roti krim, muffin, sapuan (spread) dan mi kuning.

Antara produk roti yang terlibat termasuk Gardenia Fluffy Buns (6pc) Malty Chocolate, Gardenia Puazzi Sambal Bilis, Gardenia QuickBites Vanilla Cream Roll, Gardenia Twiggies Choc-a-Lot dan Gardenia Toast’em Waffles Chocolate.

Bagaimanapun roti putih, roti gandum penuh dan roti Toast’em kegemaran ramai keluaran syarikat itu dikekalkan harganya agar tidak membebankan majoriti pelanggan.

Notis kenaikan 30 produk keluaran Gardenia yang mula tular hari ini. – Gambar media sosial, 26 September, 2023

Awal hari ini, tular notis kenaikan harga membabitkan 30 produk Gardenia yang ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutifnya, Koh Chin Huat bertarikh semalam (25 September) yang akan berkuat kuasa awal bulan depan.

Berdasarkan notis itu, senarai harga baharu beberapa jenis roti Gardenia mengalami kenaikan sebanyak 10 sen hingga 40 sen bagi produk terpilih berbanding sebelumnya.

Peningkatan dalam kos pengeluaran dan bahan yang di luar kawalan dijangka menjadi punca syarikat itu terpaksa menyemak semula harga (price revision) produk terbabit.

Kali terakhir syarikat itu mengeluarkan notis kenaikan harga beberapa produknya pada 1 September 2022.

Kenaikan harga itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ada yang menyarankan agar pengguna kurangkan makan roti dan membuat roti sendiri sebagai langkah penjimatan.

“Buat sendiri lagi puas hati makan. Tak payah beli dah lepas ni,” kata Anie.

“Dulu bila rasa nak buat alas perut, beli je sebungkus dua. Lepas dah naik RM1.10 sebelum ni memang jarang sangat nak beli. Tak berbaloi nak alas perut,” kata Amirul.

Dalam pada itu, terdapat netizen yang kecewa dengan kenaikan itu kerana menganggap ia membebankan mereka.

“Harga barang semua naik tapi makin lama makin kecil roti, jem pun ada tak ada je,” kata Uumiey.

“Berapa kali nak naiklah,” soal Fai. – 26 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related