◉ HEADLINES

Suspek tembakan rambang di Siam Paragon ada rekod masalah mental: Polis

Siasatan awal mendapati suspek mendakwa ada seseorang menyuruhnya melepaskan tembakan ke arah orang ramai

10:59 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Remaja berusia 14 tahun yang melepaskan tembakan rambang di pusat belah belah Siam Paragon di Bangkok, Thailand, semalam mempunyai rekod masalah kesihatan mental.

Jurucakap polis Thailand, Mejar Jeneral Atchayon Kraithong berkata, suspek sudah berhenti mengambil ubat dan mengalami gangguan mental.

“Suspek adalah pesakit di Hospital Rajavithi dan tidak mengambil ubatnya.

“Siasatan awal mendapati suspek mendakwa ada seseorang menyuruhnya melepaskan tembakan ke arah orang ramai,” katanya.

Achayon berkata, suspek didapati berada dalam keadaan keliru ketika ditahan.

Suspek kini ditahan di balai polis Pathum Wan, Bangkok.

Achayon memberitahu, polis tidak dapat mengeluarkan sebarang maklumat tambahan kerana suspek masih di bawah umur.

Dalam insiden itu, dua maut manakala enam lagi cedera. Kesemua mereka sedang menerima rawatan di hospital.

Menerusi foto dan video yang tular, suspek dilihat memakai seluar kargo khaki dan topi bermotif bendera Amerika Syarikat (AS).

Polis menahan suspek di tingkat tiga pusat beli belah itu berhampiran laluan pejalan kaki yang menghubungkan premis tersebut dengan Hotel Siam Kempinski pada jam 5.20 petang.

 Siam Paragon menerusi satu kenyataan menzahirkan ucapan takziah kepada mereka yang terjejas dan berterima kasih kepada polis kerana berjaya mengawal detik cemas itu.

“Siam Paragon ingin merakamkan ucapan takziah berhubung insiden tidak dijangka yang berlaku hari ini (semalam).

“Selepas kejadian itu, polis dan pasukan keselamatan Siam Paragon segera memindahkan pelanggan dan pekerja dari bangunan itu atas faktor keselamatan,” katanya.

Awal pagi tadi, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi detik cemas dilalui beliau sekeluarga ketika insiden.

Menurutnya, ketika kejadian beliau bersama keluarga, pasukan keselamatan dan pegawainya sedang duduk di lobi hotel.

Tunku Ismail bersyukur keluarga dan pasukannya selamat, sambil menyifatkan kejadian itu sebagai pengalaman terburuk pernah dilaluinya. – Agensi

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related