◉ HEADLINES

Thai PM Srettha Thavisin tiba untuk lawatan kerja dua hari

Antara yang hadir bagi menyambut ketibaannya ialah Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin dan Duta Besar Thailand ke Malaysia Lada Phumas

2:43 PM MYT

 

SEPANG – Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan kerjanya, yang merupakan lawatan pertama beliau ke Malaysia selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 5 Sept lepas.

Pesawat khas yang membawa beliau dan beberapa pegawai kanan Thailand mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 11.15 pagi.

Antara yang hadir bagi menyambut ketibaannya ialah Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin dan Duta Besar Thailand ke Malaysia Lada Phumas.

Srettha kemudiannya melintasi barisan kawalan kehormatan statik oleh 28 pegawai dan anggota daripada Batalion Pertama Regimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai oleh Kapt Raja Azri Syahir Raja Mohd Zulkifli.

Perdana Menteri Thailand itu dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.

Beliau juga dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan kedua-dua pemimpin dijangka meninjau perkembangan hubungan dua hala antara negara.

Kedua-dua pemimpin juga dijangka bertukar pandangan mengenai isu-isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Pada 2022, Thailand merupakan rakan dagangan ketujuh terbesar Malaysia di dunia, dan ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN, dengan jumlah perdagangan berjumlah RM122.03 bilion (US$27.75 bilion), meningkat 17.9 peratus berbanding RM97.55 bilion (US$23.54 bilion) pada 2021. – 11 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

◉ Related