◉ HEADLINES

Sultan Ibrahim saran penjawat awam isytihar harta setiap tahun untuk cegah pemilikan harta luar biasa

Baginda turut bertitah mengingatkan penjawat awam di Johor dari peringkat bawahan hingga atasan supaya hidup dalam kadar kemampuan sendiri

5:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — “Semua penjawat awam hendaklah mengisytiharkan harta setiap tahun kerana ini adalah salah satu cara untuk mencegah pemilikan harta luar biasa,” demikian titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Baginda turut bertitah mengingatkan penjawat awam di Johor dari peringkat bawahan hingga atasan supaya hidup dalam kadar kemampuan sendiri.

Ini bagi mengelak penjawat awam terbabit dalam rasuah.

“Semua penjawat awam hendaklah mengisytiharkan harta setiap tahun kerana ini adalah salah satu cara untuk mencegah pemilikan harta luar biasa.

“Pada masa sama, kerajaan boleh mengkaji gaji segelintir kakitangan awam yang terlalu rendah kerana ini juga boleh menjadi faktor tekanaan hidup, terutama di bandar-bandar besar,” titah baginda kepada Royal Press Office menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim hari ini.

Sultan Ibrahim turut bertitah bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain telah membangkitkan perkara sama di mana polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat dengan salah guna kuasa atau rasuah.

Titah baginda, mana-mana penjawat awam yang hidup mewah hasil rasuah tidak akan terlepas daripada siasatan pihak berkuasa.

“Anda (penjawat awam) semua diperhatikan. Sudah semestinya, mana-mana penjawat awam menjalani gaya hidup mewah melebihi taraf kehidupan yang munasabah menimbulkan tanda tanya,” titah baginda. – 15 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Penjawat awam kerja dari rumah tiga kali seminggu, syarat daftar SPOT-Me setiap sejam

Tempat bekerja pegawai semasa BDR ialah di rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja

[WATCH] Reforms in motion: Kulasegaran outlines major legal and institutional changes

From a proposed Human Rights Tribunal to restoring Parliament’s autonomy and overhauling core laws, Kulasegaran says reforms are advancing, even if public awareness has not caught up.

◉ Related