◉ HEADLINES

PM mahu lebih ramai penyelidik negara sumbang kepada industri

Data menunjukkan 87.5 peratus penyelidik di Malaysia berkhidmat di institusi pengajian tinggi dan pusat penyelidikan awam berbanding Thailand dan Singapura di mana 50 peratus dan ke atas penyelidik berada di sektor industri

11:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu lebih ramai penyelidik negara memberanikan diri untuk menyumbang kepada industri serta menerajui inovasi berteraskan sains, teknologi dan inovasi (STI). 

Beliau juga menyeru pihak industri supaya membuka lebih banyak peluang kerjaya untuk pekerja berilmu dan berkemahiran tinggi ke arah mempertingkat prestasi masing-masing.

“Saya gusar bahawa data menunjukkan 87.5 peratus penyelidik di Malaysia berkhidmat di institusi pengajian tinggi dan pusat penyelidikan awam berbanding negara lain di rantau Asia Tenggara seperti Thailand dan Singapura di mana 50 peratus dan ke atas penyelidik berada di sektor industri.

“Saya lontarkan cabaran kepada hadirin dan hadirat sekalian sebagai pakar dan ilmuan untuk menjadi pemacu perubahan, bergerak supaya lebih berdaya saing dan mampan, memperkukuh ekosistem STI negara, membangunkan bakat yang sejajar dan memanfaatkan rakyat melalui STI harus menjadi keutamaan,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Penganugerahan Felo Akademi Sains Malaysia dan Pengiktirafan Top Research Scientists Malaysia 2023 di sini malam ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Chang Lih Kang.

Anwar juga berkata beliau menyokong syor di dalam Pelan Hala Tuju Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersilan dan Inovasi (RDCI) iaitu mewujudkan satu Platform Inovasi Nasional untuk membawa pihak yang mencari penyelesaian serta yang memberikan penyelesaian ke arah mempertingkat prestasi inovasi negara.

Beliau berkata ia penting bagi menghidupkan semula kepercayaan rakyat terhadap STI dalam merealisasikan kemajuan sosioekonomi.

“Komuniti saintifik negara juga harus mengubah cara kerja supaya berorientasikan misi dan menjurus kepada pemberian penyelesaian serta merungkaikan cara untuk laksanakan sesuatu inisiatif secara menyeluruh dan efektif.

“Penterjemahan ilmu, penemuan baharu dan hasil penyelidikan kepada penyelesaian bagi cabaran yang dihadapi negara serta masyarakat patut menjadi fokus utama ke arah menjana impak positif,” katanya.

Perdana Menteri berkata untuk merealisasikan aspirasi STI negara, komuniti saintifik Malaysia perlu berkolaborasi dengan efektif bersama-sama kerajaan, industri dan masyarakat sivil bagi membolehkan negara mencapai sasaran berada di kedudukan antara 30 negara teratas dalam Indeks Inovasi Global (GII) menjelang 2025.

“Saya juga ingin menyarankan supaya semua badan pemikir yang ada di negara ini bersatu di bawah satu perikatan badan pemikir negara dalam memberikan input holistik berpaksikan pemikiran masa depan,” katanya. – 17 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related