◉ HEADLINES

Pendirian kerajaan mengenai isu 3R, penduduk tanpa dokumen tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Persidangan hari ini juga akan menyambung sesi perbahasan Belanjawan 2024 yang memasuki hari kelima, selepas ia dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober lalu

9:12 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pendirian kerajaan berhubung isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R) serta penyelesaian masalah penduduk yang tidak mempunyai dokumen, antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) ketika mengemukakan soalan pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan meminta Menteri Dalam Negeri, menyatakan pendirian kerajaan berhubung isu 3R serta asas perundangan diguna pakai untuk melarang rakyat Malaysia daripada menyentuh perkara terbabit.

Dalam sesi itu, Lo Su Fui (GRS-Tawau) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha penyelesaian isu penduduk yang tidak mempunyai dokumen disebabkan pendaftaran lewat, kematian bapa dan ibu warganegara, kehilangan sijil nikah serta perkara lain. 

Pada sesi sama, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (PN-Labuan) meminta Menteri Pengangkutan, menyatakan sebab Malaysia Airlines menamatkan perkhidmatan katering dalam penerbangan Brahim’s Food Services Sdn Bhd, sebelum melantik caterer baharu.

Persidangan hari ini juga akan menyambung sesi perbahasan Belanjawan 2024 yang memasuki hari kelima, selepas ia dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober lalu.

Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, Rang Undang-undang Perbekalan 2024 itu akan dibahas di peringkat dasar selama lapan hari, sebelum sesi jawapan menteri selama empat hari bermula 30 Oktober.

Ahli Parlimen akan mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang berkenaan di peringkat jawatankuasa selama 12 hari, bermula 6 November.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini, berlangsung selama 32 hari bermula 9 Oktober hingga 30 November ini. – 23 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related