◉ HEADLINES

Trowell dedah ‘taktik kotor’ Dr Mahathir mahu tamat karier politik Anwar, ‘tindakan itu menyebabkan…’

Namun, siapa sangka pemimpin yang mengharungi pelbagai halangan dalam karier politiknya sehingga lebih 10 tahun di penjara, menjadi Perdana Menteri

8:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penulis buku ‘Anwar Triumphs yang juga peguam jenayah Australia, Mark Trowell menjelaskan, beliau harus menceritakan mengenai kisah bagaimana mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan ‘taktik kotor’ bagi menamatkan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Trowell berkata, Dr Mahathir dilihat menggunakan kaedah tuduhan jenayah tidak bermoral terhadap Perdana Menteri Ke-10 itu, sebagai peluru bagi mewujudkan persepsi negatif terhadap pemimpin berkenaan.

“Apa yang menyedihkan, tindakan Dr Mahathir itu menyebabkan Anwar terpaksa menghadapi hukuman di penjara, sedangkan tuduhan terbabit dianggap hanya bermotifkan politik demi kepentingan peribadi.

“(Namun) Siapa dapat menjangkakan seseorang pemimpin yang sudah mengharungi pelbagai halangan dan cabaran dalam karier politiknya, sehingga terpaksa menghabiskan lebih 10 tahun di penjara, menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Anwar Triumphs di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Anwar Triumphs setebal 195 muka surat berkenaan dirasmikan Perdana Menteri dengan diiringin isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut Trowell, buku itu mengisahkan perjalanan luar biasa dan ‘’suka duka’ dihadapi Anwar dalam politik negara dan ia mesti didedahkan secara terperinci kepada masyarakat, sebelum menjadi ‘kenangan pudar’.

Pada masa sama, beliau berkata, Anwar tidak mungkin mampu menghadapi segala cabaran itu sehingga menggapai kejayaan dan berada pada tahap hari ini, tanpa sokongan daripada isterinya.

Katanya, wanita itu sentiasa berada di sisi Anwar ketika ‘jatuh bangun’ Presiden PKR terbabit.

“Justeru, saya memilih gambar mereka berdua (Anwar dan Dr Wan Azizah) untuk digunakan sebagai foto kulit hadapan buku Anwar Triumphs,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan Anwar Triumphs di semua kedai buku utama seluruh negara – 29 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related