◉ HEADLINES

‘Biarlah anak VIP atau VVIP, you touch you go!’, Mara beri amaran pada pembuli

Mara tidak akan sesekali berkompromi dengan apa jua bentuk kes buli di MRSM, jauh sekali untuk menutup sebarang perilaku curang

4:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Majlis Amanah Rakyat (Mara) memberi amaran tidak akan berkompromi dalam sebarang kes buli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) meskipun jika pelakunya adalah anak kenamaan.

Pengerusnya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki ketika menegaskan perkara itu berkata, pihaknya juga tidak sesekali menutup perilaku berkenaan jika kes buli dikesan berlaku di MRSM.

“Maaf Mara tidak akan sesekali berkompromi dengan apa jua bentuk kes buli di MRSM, jauh sekali untuk menutup sebarang perilaku curang.

“Biarlah anak VIP atau VVIP mana sekalipun, you touch you go! (anda usik, anda keluar),” katanya menerusi hantaran di Facebook.


Baru-baru ini seorang individu, dipercayai kakak mangsa buli telah meluahkan kekecewaannya di media sosial apabila mendakwa pelaku hanya menerima ‘hukuman ringan’ dan mempersoalkan sama ada keluarga terbabit mempunyai hubungan dengan orang kenamaan (VIP).

Dakwaan itu dibuat menerusi hantaran seorang pengguna Instagram, @okpastu yang mendakwa pelajar Tingkatan 5 yang didakwa melakukan serangan terbabit, tetap dibenarkan ke sekolah seperti biasa dan hanya dihukum dengan tiga sebatan rotan serta melakukan kerja khidmat masyarakat.

Berikutan itu, Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia berkata sudah tiba masanya untuk Malaysia menggubal undang-undang khusus bagi mencegah dan menangani kes buli terutama di sekolah memandangkan sehingga kini belum ada peruntukan khusus untuk perbuatan berkenaan.

Pengerusinya yang juga peguam Wan Azliana Wan Adnan berkata, walaupun Malaysia mempunyai Kanun Keseksaan dan pelbagai peraturan, panduan seperti Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah), 1959, serta pekeliling yang berkaitan, namun satu undang-undang anti buli yang khusus masih diperlukan untuk menambah baik dan menguatkan undang-undang sedia ada ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataannya semalam turut menegaskan tidak akan berkompromi dengan perbuatan buli dan gangguan seksual di semua institusi pendidikan di bawah kelolaannya.

KPM menegaskan salah laku buli dan gangguan seksual adalah salah laku berat dan tidak boleh dipandang ringan semua pihak. – 9 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related