◉ HEADLINES

RTM terima maaf individu samakan wajah pembaca berita dengan ‘hantu Suzanna’

Bagaimana pengguna media sosial diingatkan lebih cakna dan bijak dalam memuat naik hantaran

9:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Radio Televisen Malaysia (RTM) menerima permohonan maaf seorang pemilik akaun TikTok, berhubung isu solekan penyampai beritanya yang dikatakan ‘menyeramkan’ dan disamakan dengan pelakon filem seram Indonesia, Suzanna.

Perkara itu kemudian tular di media sosial, sehingga menerima pelbagai reaksi netizen, termasuk solekan berkenaan dianggap keterlaluan.

Kenyataan Bahagian Perhubungan Awam, Jabatan Penyiaran RTM memaklumkan, individu menggunakan nama akaun @syukfendi itu memuat naik permohonan maaf di platform media sosial terbabit hari ini.

@syukfendi2 Ye lah jap lagi Min beli tv baru🤣 Ok pihak kami ingin membuat permohonan maaf terbuka kepada Puan Noramalina binti Halim ,sgt cantik manis orangnya, dari RTM Melaka IG @ normalinahalim , gurau2 ye kak🤣 Teruskan menyokong & follow @Berita RTM & @RTM Malaysia Official moga Pn Amalina dimurahkan rezeki melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan sekeluarga amin ya rabbal alamin yg buruk dtg diri kita yg baik dtg dr Allah swt ❤️❤️💪💪 #fyp #fypシ #fyphariini #fypmalaysia #suzanna #beritartm ♬ suara asli – user7606249829484 – irmanuryani

“RTM tidak berhasrat untuk mengambil tindakan selanjutnya selepas individu terbabit memuat naik kenyataan maaf di platform media sosial itu.

“Bagaimanapun pengguna media sosial, khususnya TikTok diingatkan lebih cakna dan bijak dalam memuat naik hantaran di akaun masing-masing pada masa hadapan,” menurut kenyataan permohonan maaf itu yang turut dikongsikan Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman.

Terdahulu, individu berkenaan memuat naik rakaman siaran lintas langsung Berita Wilayah bagi zon Selatan, dari studio RTM Melaka yang bersiaran pada jam 5 petang semalam.

Muat naik berdurasi 18 saat itu, memaparkan penyampai berita RTM Melaka (bukan pengacara seperti didakwa), Nor Amalina Abdul Halim disolek menyerupai pelakon filem seram Indonesia, Suzanna.

Terdahulu, seorang individu memuat naik rakaman siaran lintas langsung yang memaparkan penyampai berita RTM Melaka, Nor Amalina Abdul Halim disolek menyerupai pelakon filem seram Indonesia, Suzanna – Gambar Facebook Suhaimi Sulaiman, 11 November, 2023

Sementara itu, Timbalan Pengarah Berita Ehwal Semasa RTM, Md Shahri Saripan berkata, hasil semakan pasukannya mendapati, rakaman video asal berita berkenaan yang disiarkan melalui platform RTMKlik dan saluran televisyen, tidak seperti ditularkan.

Katanya, video tular itu seolah-olah disunting semula, terutama solekan di lingkaran mata penyampai berita terbabit.

Namun, beliau berkata, RTM enggan menjadikannya sebagai isu besar dan pihak stesen penyiaran itu terbuka menerima pandangan, teguran atau nasihat penonton.

“RTM khususnya bahagian berita cukup terbuka dalam menerima pandangan, teguran atau nasihat orang ramai sebagai penonton setia semua program terbitan stesen ini.

“Bagaimanapun pandangan atau perkara yang sengaja ditularkan dengan sedikit tokok tambah, adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab,” katanya. – 11 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related