◉ HEADLINES

Banjir: Bomba selamatkan wanita terperangkap di kandang lembu

Pasukan bomba yang terdiri daripada lapan anggota dan lima anggota polis menggunakan laluan alternatif untuk ke kandang itu dengan bantuan penduduk setempat

10:29 PM MYT

 

SEREMBAN – Pasukan bomba membantu menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap di kandang lembu ternakannya akibat banjir di Kampung Air Kuning, Jalan Linggi, Rantau, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Mohd Syazwan Saidy berkata pihaknya menerima panggilan daripada anak lelaki wanita itu, R.Sehtu Raj memaklumkan ibunya, G.Santhi, 58, terperangkap di dalam pondok yang dinaiki air di kawasan kandang lembu berkenaan.

“Tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati wanita itu sedang berdiri di atas kerusi di dalam pondok sambil memeluk tiang. Anak wanita itu turut memaklumkan menjadi rutin setiap petang, ibunya ke kandang berkenaan bagi kerja pembersihan.

“Hujan lebat sejak 1.30 tengah hari tadi menyebabkan air sungai berdekatan naik mendadak. Wanita  itu sempat menghubungi anak lelakinya untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata terdapat lapan lembu di kandang itu dan kesemua haiwan ternakan itu selamat.

Menurut Mohd Syazwan pasukan bomba yang terdiri daripada lapan anggota dan lima anggota polis menggunakan laluan alternatif untuk ke kandang itu dengan bantuan penduduk setempat akibat jambatan runtuh.

Operasi menyelamat katanya, ditamatkan kira-kira 5.30 petang. – 14 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Restoring Pagar Tras’ legacy: Malaysia’s ‘Notre Dame’ in the jungle

Today, the ruins struggle to tell the story of a bygone era and honour the legacy and sacrifices of French missionaries and Catholic migrants who built their lives around it

Making sex jokes at work may constitute sexual harassment, court rules

Sarawak Industrial Court upholds Maybank’s dismissal of officer found guilty of sexual harassment

◉ Related