◉ HEADLINES

Mesyuarat Tergempar Plenari UNGA PBB: Malaysia akan usul gencatan senjata kekal perang Israel-Palestin

“Kita tidak boleh terus-menerus melihat pembunuhan yang berterusan dilakukan."

9:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia akan terus menyatakan pendirian tegas berhubung isu gencatan senjata membabitkan perang yang masih berterusan di antara Palestin dan Israel, agar proses penyelesaian muktamad dapat diraih dalam masa terdekat.

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, beliau akan menyatakan pendirian Malaysia itu dalam mesyuarat tergempar Plenari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi membincangkan tindak balas terhadap konflik di Timur Tengah terbabit yang akan berlangsung Khamis ini ibu pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat (AS).

“Kita tidak boleh terus-menerus melihat pembunuhan yang berterusan dilakukan. Walaupun perkembangan terkini yang diadakan, iaitu menerusi ‘humanitarian truce’ atau dipanggil ‘humanitarian force’, mereka memberikan tempoh empat hari, namun kita menganggap ia satu permulaan untuk membolehkan ceasefire (gencatan senjata) lebih panjang di Gaza.

“(Gencatan senjata yang pada) akhirnya kita (mungkin) melakukan satu proses penyelesaian muktamad dan melakukan proses untuk pemulihan semula di Gaza khususnya,” katanya kepada pemberita.

Menurut Zambry, beliau bersama rakannya sejawatannya dari negara lain akan menuntut peperangan ini segera ditamatkan, selain membawa amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang begitu komited untuk menghentikan kesengsaraan dideritai rakyat Palestin sejak 7 Oktober lalu.

Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, Malaysia tidak boleh melihat pembunuhan yang berterusan dilakukan di Palestin – Gambar Bernama, 27 November, 2023

“Perdana Menteri turut memainkan peranan penting, beliau menyatakan kepada saya untuk meneruskan usaha ini seperti kita ketahui, bila mana serius komitmen ditunjukkan PM terhadap nasib rakyat Palestin dan keadaan yang berlaku di Gaza.

“Mesej itulah saya bawa supaya masalah ini dapat disegerakan penyelesaiannya.

“Saya akan berada di PBB bersama rakan saya yang lain untuk membawa mesej ini agar peperangan yang berlaku di Gaza dan pembunuhan tidak berperikemanusiaan ini dihentikan!” katanya.

Terdahulu, gencatan senjata di antara tentera Zionis Israel dan Hamas dilakukan selama empat hari, bermula Jumaat lalu yang turut disusuli pertukaran tebusan serta tahanan di kedua-dua pihak. – 27 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

PKR wants Aminuddin Harun retained as Negri MB: Anwar

PKR wants Datuk Seri Aminuddin Harun to be retained as Negri Sembilan Menteri Besar if the Pakatan Harapan-Barisan Nasional alliance wins the state elections next month.

Testing secrets, or trade restraint? Dispute over oilfield tech ends with quiet withdrawal

Intertek’s Malaysian unit alleged ex-staff misused proprietary water monitoring system, but defendants argued “Sidestream” method was common industry practice

Malaysia’s median wage hits RM2,864 in September 2025, youth wages see biggest jump: DOSM

Formal employee wages rise by 4.3%, with significant growth across age groups and sectors

◉ Related