◉ HEADLINES

PM Anwar dijangka perjelas pengurusan bencana banjir di Dewan Rakyat hari ini

Pertanyaan itu dikemukakan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri

8:43 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka memaklumkan persediaan kerajaan dalam pengurusan bencana banjir pada sidang Dewan Rakyat hari ini. 

Menurut aturan urusan mesyuarat disiarkan di laman sesawang Parlimen, Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) bertanyakan persediaan kerajaan dalam melaksanakan pelan komprehensif pengurusan bencana banjir bagi memastikan keselamatan mangsa dan meminimumkan kehilangan harta benda dalam musim Monsun Timur Laut ketika ini.

Pertanyaan itu dikemukakan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.  

Selain itu, Anwar juga dijangka menjawab soalan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) mengenai maksud dan harapan kerajaan apabila melaksanakan konsep Kerajaan MADANI dalam menggalakkan perpaduan dalam kalangan Ahli Parlimen bagi membangunkan negara secara bersama.

Beliau turut bertanyakan harapan Perdana Menteri kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Pada sesi soal jawab pula Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) bertanyakan Menteri Kerja Raya mengenai bilangan lebuh raya yang mempunyai akses kepada laluan motosikal dan pelan terkini bagi menaik taraf laluan itu di lebuh raya yang masih belum dilengkapi dengan laluan berkenaan.

Sementara itu, Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dijadual dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Minggu ini adalah minggu akhir persidangan Dewan Rakyat yang bermula 9 Okt lepas hingga Khamis ini. – 28 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

The Cabinet group photo maybe signalling General Election is around the corner – Kuik Cheng Kang

Cabinet’s “family portrait” may be brushed off as routine, but in Malaysia’s fluid political landscape, every ritual carries weight. With Johor’s shock dissolution and PAS’ restless manoeuvres, Anwar stands at the starting line—waiting for the signal that could trigger an early general election

◉ Related