◉ HEADLINES

Hamas dakwa Israel enggan tuntut mayat 3 ahli keluarga Bibas

Tiga beranak itu termasuk bayi berusia 10 bulan antara 60 tawanan yang maut dalam pengeboman Israel di Gaza

9:53 AM MYT

 

GAZA – Hamas mendakwa Israel enggan menuntut mayat ahli keluarga Bibas, termasuk Kfir, yang berusia 10 bulan.

Kumpulan itu juga menyiarkan video Yarden Bibas, bapa kepada bayi tersebut, di saluran Telegramnya.

Yarden, 34, dilihat kecewa dan menangis sambil berkata: “Bibi (Netanyahu) serangan udara anda telah ‘merampas’ keluarga tercinta saya. Sekarang lakukan apa yang anda mampu untuk membawa mereka pulang supaya mereka boleh dikebumikan di sana (Israel).”

Video Yarden Bibas, bapa kepada bayi tersebut yang tular di saluran Telegramnya. – Gambar akaun X@sh_akib_hq, 1 Disember, 2023

“Saya mohon, bawa saya, isteri dan anak-anak saya pulang. Tolong, saya merayu,” katanya.

Video menyayat hati itu tular selepas Hamas pada semalam mendakwa Kfir berusia 10 bulan, Ariel, 4, dan ibu mereka Shiri Silberman-Bibas, 30, terbunuh dalam pengeboman Israel sebelum gencatan senjata Jumaat diumumkan.

Dakwaan itu belum lagi disahkan secara bebas.

Bagaimanapun jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF), Daniel Hagari dalam reaksi balas kepada video Yarden berkata: “Dakwaan Hamas mengenai keluarga Bibas masih belum disahkan, dokumentasi yang diterbitkan adalah keganasan psikologi.”

Keluarga Bibas adalah antara tebusan berprofil tinggi yang diculik dalam serangan Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober lalu.

Pegawai Hamas dan bekas Menteri Kesihatan Gaza, Bassem Naim dalam sidang media di Cape Town kelmarin memaklumkan, tiga beranak itu sudah meninggal dunia.

“Dua hingga tiga minggu lalu, kami mengesahkan bahawa 60 warga Israel terbunuh dalam pengeboman Israel dan masih berada di bawah runtuhan.

“Wanita itu dan dua anaknya antara mereka yang terkorban, saya boleh mengesahkannya,” kata Naim.

Semalam, 30 tawanan Palestin dibebaskan dalam pertukaran terbaru di bawah perjanjian gencatan senjata lanjutan yang akan tamat dalam tempoh beberapa jam lagi.

Tawanan termasuk 23 kanak-kanak bawah umur dan tujuh wanita dibebaskan beberapa jam selepas kumpulan Hamas membebaskan lapan warga Israel.

Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas menetapkan bahawa sekurang-kurangnya 10 tawanan Israel harus dibebaskan hidup-hidup setiap hari. – Agensi

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related