◉ HEADLINES

PM setuju rombakan Kabinet bulan ini

Perdana Menteri menjawab pertanyaan kanak-kanak berusia 12 tahun selepas menunaikan solat Jumaat di Putrajaya hari ini

3:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan rombakan Kabinet dijangka diadakan bulan ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan seorang jemaah kanak-kanak, Akmal Afif Yaseer Arafat, 12, selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Putra Al-Amin, Fasa 4C, Presint 8 di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, Anwar tiba di surau berkenaan pada pukul 12.55 tengah hari bagi menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 2,000 jemaah dan makan tengah hari.

Seusai makan tengah hari, Anwar didatangi sekumpulan jemaah kanak-kanak bagi mendapatkan tandatangan dan bergambar bersama beliau di hadapan surau tersebut.

Ketika menyantuni kumpulan terbabit, Anwar sempat bertanyakan kepada Akmal sama ada dia mempunyai soalan kepadanya.

Berikut perbualan Anwar bersama kanak-kanak tersebut.

Akmal: Datuk Seri, bila rombakan Kabinet?
Anwar: Nama apa?
Akmal: Nama saya Akmal Afif.
Anwar: Akmal cadang bila? Sebelum ke selepas 2024?
Akmal: Sebelum 2024.
Anwar: Dia jawab sebelum 2024. Saya setuju.

Awal bulan lalu, Perdana Menteri dalam satu majlis memaklumkan beliau belum mempunyai sebarang keputusan berhubung rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan seperti yang diperkatakan sesetengah pihak. – 1 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

The Formula for F1’s return to Sepang – Dr Helmy Haja Mydin

The biggest race turnout at the SIC to date is enough cause to consider a resurrection of the Malaysian GP

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Shadow AI in public sector raises questions over governance and data security – KV Soon

Concerns emerge over the use of AI agents linked to an official work email, highlighting the need for stronger oversight, accountability and safeguards

◉ Related