◉ HEADLINES

Cukai jualan belian dalam talian hanya terpakai pada produk import bawah RM500

Ia bagi memastikan daya saing produk tempatan dapat ditingkatkan dan cukai itu tidak memberi kesan kepada produk dalam negara yang dibeli secara dalam talian

2:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cukai jualan 10 peratus bagi pembelian dalam talian yang berkuat kuasa 1 Jan 2024 hanya terpakai bagi produk yang diimport bernilai RM500 ke bawah, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata ia bagi memastikan daya saing produk tempatan dapat ditingkatkan dan cukai itu tidak memberi kesan kepada produk dalam negara yang dibeli secara dalam talian.

“Yang penting untuk dijelaskan ia hanya terpakai bagi produk import yang dijual secara dalam talian di Malaysia. Produk yang dihasilkan dalam negara tidak terkesan, jadi saya harap ini dapat kurangkan salah faham dalam kalangan masyarakat tentang cukai tersebut.

“Kita boleh rujuk laman rasmi Jabatan Kastam untuk maklumat lebih terperinci dan dari semasa ke semasa kita akan pantau untuk pastikan adakah rakyat terutama penjual dan pembeli yang laksanakan transaksi dalam talian benar-benar faham kenapa ia dilaksanakan dan apa kategori produk yang terkesan,” katanya.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Reuse, Educate, Nurture and Empower with Waste (R.E.N.E.W) di Dataran Sri Angkasa Jaya, di sini hari ini.

Semalam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memaklumkan negara akan mula mengenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus ke atas barang bernilai rendah (LVG) diimport yang dijual secara dalam talian mulai 1 Jan 2024.

Mengenai program R.E.N.E.W anjuran Institut Pengajian Profesional Pendidikan Berterusan (iCEPS) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata program itu merupakan insiatif yang baik ke arah melestarikan alam sekitar. 

Beliau berkata program kesedaran mengenai minyak masak terpakai itu difahamkan berjaya mengumpul lebih 100 kilogram (kg) minyak masak terpakai semalam, sekali gus mencerminkan peningkatan kesedaran komuniti setempat di sekitar Lembah Pantai terhadap aspek pengurusan minyak masak terpakai.

Turut hadir Pengarah Jabatan Projek Khas dan Pembangunan Perniagaan iCEPS merangkap Penasihat Program R.E.N.E.W Shira Haniza. – 17 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

QSR Brands records 31% revenue growth in KFC and Pizza Hut Malaysia for FY2025

QSR Brands (M) Holdings Bhd announced a 31% revenue increase in its core businesses, KFC Malaysia and Pizza Hut Malaysia, for the financial year 2025, reflecting the successful execution of its strategic transformation roadmap and disciplined focus on operational efficiency, innovation and sustainable growth

◉ Related