◉ HEADLINES

SPRM sita Menara Ilham

Bangunan komersial itu dimiliki ahli perniagaan terkemuka dan juga bekas menteri

9:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai di sini disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penyitaan itu namun enggan mengulas lanjut berikutan kes masih dalam siasatan.

“Ya, betul (disita),” jawabnya ringkas seperti dilapor portal Buletin TV3 hari ini.

Bangunan komersial itu dimiliki ahli perniagaan terkemuka dan juga bekas menteri.

Channel News Asia melaporkan, penyitaan bangunan itu malam ini dan menamakan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sebagai sasaran selepas SPRM memulakan siasatan ke atas pegangan kewangannya pada Mei.

Sementara itu, portal Buletin TV3 yang memetik sumber melaporkan premis tersebut disita kerana dipercayai ada kaitan dengan siasatan kes rasuah dan penyelewengan.

“Bangunan itu disita kerana ada siasatan di bawah Akta SPRM 2009,” katanya.

Notis penyitaan harta tak alih bertarikh 18 Disember 2023 itu disiarkan dalam ruangan notis pemberitahuan sebuah portal berita dalam talian hari ini.

Menurut notis itu, Pendaftar Hak Milik, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan diarah untuk menyita harta tak alih bagi bangunan Menara Ilham di atas geran 75830, bernombor Lot 20002, yang mempunyai alamat di No. 8, Jalan Binjai, Kuala Lumpur.

Arahan itu dikeluarkan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib di bawah Seksyen 38(1) Akta SPRM 2009 [Akta 694] dan Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] setelah berpuas hati berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pegawai SPRM.

Notis terbabit turut melarang segala urusan tentang harta tak alih, selain dengan serta-merta mencatatkan terma notis tersebut pada dokumen hak milik yang berkenaan dengan harta tak alih itu di dalam Daftar pejabat Pendaftar Hak Milik.

Pada Mei lepas, SPRM dilaporkan sedang menyiasat seorang tokoh korporat berhubung kes penyelewengan dana negara bernilai lebih RM 2.3 bilion.

Siasatan itu adalah kesinambungan dan lanjutan daripada pendedahan dokumen sulit oleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) berhubung transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.

Siasatan itu dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. – 21 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related