◉ HEADLINES

Sanggup kahwin 4 semata-mata mahu bina empayar, cipta kartel untuk bida tender kerajaan

Mereka boleh membuka sehingga 50 syarikat dan kemudian memapulasikan proses tawaran atau tender kerajaan dengan menggunakan nama bapa-bapa mertua, isteri-isteri serta ipar duai

3:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mendedahkan ada pihak yang berkahwin empat semata-mata untuk menyertai tender kerajaan dengan menggunakan nama bapa-bapa mertua, isteri-isteri serta ipar duai.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail berkata, pihak berkenaan boleh membuka sehingga 50 syarikat dan kemudian membina ‘empayar’ untuk memapulasikan proses tawaran atau tender kerajaan.

“Mereka boleh cipta empayar 50 syarikat dan masuk sekali gus (tender) dengan tujuan untuk memanupulasi tender.

“ Antara modus operandi ialah mereka ini berkomplot atau bersekongkol antara satu sama lain dan menyerahkan tender secara beramai-ramai…. (sebagai contoh) 50 syarikat sekali (hantar bidaan tender).

“Selepas itu mereka isi borang sama-sama, pergi lawatan tapak secara bersama… kalau surat itu ada salah ejaan, semua borang akan salah ejaan sebab pakai pencetak yang sama,’’ katanya menerusi satu temubual dalam program yang disiarkan oleh Astro Awani pada Rabu.

Iskandar berkata, tender adalah untuk mendapatkan syarikat terbaik yang menawarkan harga berkualiti pada harga terbaik.

“Tapi mereka buat ilusi itulah yang terbaik untuk kita. Bila menang, mereka akan sub kontrak pada orang lain,’’ katanya.

Iskandar turut mendedahkan lebih 500 syarikat kini dalam radar MyCC berkaitan bidaan kerajaan .

“MyCC juga sedang memantau pergerakan aktiviti kartel makanan dan pertanian. Tapi siasatan lebih lama kerana perlu bukti kukuh sebelum kemuka pada Suruhanjaya,’’ katanya. – 27 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related