◉ HEADLINES

Polis akan terus lancar operasi benteras PATI, 10 lokasi penempatan dikenal pasti

Sasaran lokasi bukan sahaja di Lembah Klang malah seluruh negara termasuk Johor, Kedah, Kelantan

12:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus melancarkan operasi bersepadu dari semasa ke semasa bagi membanteras isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan lebih 10 lokasi penempatan golongan itu di seluruh negara telah dikenal pasti.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sasaran lokasi itu bukan sahaja di Lembah Klang malah di beberapa negeri lain termasuk Johor, Kedah dan Kelantan.

Malah katanya, lokasi itu tidak akan didedahkan bagi memastikan tiada kebocoran maklumat berlaku.

“Operasi sama yang dilakukan di Jalan Silang minggu lalu akan diluaskan seluruh negara dan memfokuskan kepada penempatan warga asing. Operasi di Jalan Silang itu kita beri tumpuan kepada perniagaan dikendalikan warga asing, itu sasaran kita ketika itu.

“Akan datang, kita fokus kepada penempatan (PATI) dan operasi ini dilakukan secara berterusan dan kosisten,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Minggu lalu, hampir satu batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) PDRM dikerah bagi menggempur dan ‘membersih’ penempatan warga asing di Jalan Silang di sini.

Dianggarkan 1,000 pegawai dan anggota pasukan lengkap bersenjata menyerbu sarang penempatan warga asing yang menjadikan kawasan tersebut tidak ubah seperti perkampungan mereka sendiri.

Ini termasuk membuka premis perniagaan yang menjual barangan dari negara mereka selain menjadikan premis di kawasan itu sebagai tempat kediaman dengan tidak menjaga kebersihan sehingga menimbulkan bau busuk.

Ayob Khan menambah, pihaknya akan berkongsi dengan media pada saat-saat akhir mengenai operasi polis bagi mengelak berlakunya kebocoran maklumat.

“Banyak operasi sebelum ini yang kita buat melibatkan penempatan PATI, kebocoran maklumat berlaku. Bila datang, sudah kosong,” katanya. – 29 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related