◉ HEADLINES

Jepun keluar amaran tsunami selepas gempa bumi 7.6 magnitud

Stesen TV tempatan telah menyiarkan perkataan ‘PINDAH’ dalam huruf besar, dengan gesaan supaya penduduk akan berpindah ke tempat tinggi meskipun dalam keadaan musim sejuk

4:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa bumi berukuran 7.6 magnitud melanda bahagian tengah negara itu pada Isnin.

Penduduk di kawasan Pantai Noto di Ishikawa, telah diarahkan berpindah ke tempat tinggi, lapor stesen TV NHK.

Menurut NHK, ombak setinggi 5 meter telah melanda Noto dan amaran sama turut dikeluarkan kepada penduduk di Niigata dan Toyama.

Selain itu, stesen TV tempatan telah menyiarkan perkataan ‘PINDAH’ dalam huruf besar, dengan gesaan supaya penduduk akan berpindah ke tempat tinggi meskipun dalam keadaan musim sejuk.

Sementara pengendali tenaga nuclear terbesar Jepun, Kansai Electric memaklumkan ‘tiada kelainan’ di dalam loji nuclear mereka, terutama di kawasan yang terjejas.

Manakala agensi meteorologi Korea Selatan telah memberi amaran bahawa gelombang tsunami sehingga 0.3 meter boleh melanda pantai timur negara itu.

Dalam pada itu, orang ramai telah memuat naik hantaran video-video mengenai gempa bumi yang melanda rumah serta stesen keretapi bawah tanah.

Tidak ketinggalan juga yang merakamkan video ombak besar.


Pada 11 Mac 2011, gempa bumi dan tsunami telah melanda Jepun sehingga mengakibatkan kemusnahan besar-besaran manakala loji Fukushima terpaksa ditutup akibat bencana nuclear yang disifatkan sebagai terburuk, sejak Chernobyl pada 1986. – 1 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related