◉ HEADLINES

Juruwang warga Bangladesh ditahan miliki enam pasport antarabangsa pelbagai negara

Turut ditahan dua wanita warga Indonesia yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen

12:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang juruwang warga Bangladesh ditahan selepas dipercayai memiliki pasport antarabangsa pelbagai negara dalam serbuan Op Serkap di sebuah premis di Taman Abad, Johor Bahru, Johor malam tadi.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata, penahanan suspek membawa kepada penemuan tiga bungkus plastik merah mengandungi enam pasport Bangladesh dan India yang disorok dalam laci di sebuah bilik berkunci di premis berkenaan.

Katanya, dalam operasi pada jam 9.10 malam itu, keseluruhannya Jabatan Imigresen berjaya menahan lima warga asing di Johor Bahru iaitu tiga lelaki warga Bangladesh dan dua wanita Indonesia.

“Kesemua mereka yang ditahan dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen.

“Dua wanita warga Indonesia ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri manakala dua lelaki warga Bangladesh ditahan di bawah Peraturan 17(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas yang dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baharuddin berkata, juruwang tersebut pula ditahan di bawah Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu memberi kebenaran pendatang asing tanpa izin (PATI) berada di dalam premis.

Malah katanya, suspek turut ditahan di bawah Seksyen 12(1)(1) Akta Passport 1966 (Akta 150) kerana tanpa kuasa yang sah, ada dalam milikannya mana-mana pasport atau dokumen perjalanan dalam negeri yang dikeluarkan bagi penggunaan seseorang selain dirinya sendiri.

“Jabatan Imigresen menggesa supaya orang ramai tampil menyalurkan maklumat tentang PATI atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudah cara dan bersubahat dalam melindungi PATI,” katanya. – 4 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related