◉ HEADLINES

Sistem data Padu tidak akan disalah guna untuk kempen pilihan raya

Ahli Parlimen kena kerahkan jentera bantu lancarkan proses pendaftaran Padu

2:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan tidak akan menyalahgunakan data peribadi rakyat yang diperoleh menerusi sistem Pangkalan Data Utama (Padu) bagi tujuan kempen pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, maklumat yang diberikan dalam Padu terikat kepada terma dan syarat dan ia tidak sewenang-wenangnya boleh disalah guna untuk sebarang perkara yang tidak berkaitan.

“Ada beberapa terma dan syarat yang dizahirkan dalam perkara itu (sistem Padu), ia tidak boleh disalah guna.

“Saya percaya kalau pun sebelum ini ada pihak yang menyalahgunakannya, kita (kerajaan) tidak berhasrat untuk melakukan perkara sama.

“Cara kita berkempen berbeza, insya-Allah tidak akan disalahgunakan,” katanya kepada media ketika ditemui pada Program Jualan Termurah: Berkhidmat Untuk Rakyat anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai yang diadakan di Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di sini hari ini.

Menteri Komunikasi menjelaskan Padu bertujuan memudahkan pencarian maklumat oleh agensi dan kementerian berkaitan berhubung pemberian bantuan dan subsidi kepada golongan bersasar. – Azim Rahman/Scoop, 6 Januari, 2024

Fahmi turut menjelaskan Padu yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari lalu bertujuan memudahkan pencarian maklumat oleh agensi dan kementerian berkaitan berhubung pemberian bantuan dan subsidi kepada golongan bersasar.

Padu yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia, merupakan pangkalan data sosioekonomi negara yang bersepadu dengan menggabungkan data daripada jabatan dan agensi kerajaan bagi memberikan gambaran seadilnya mengenai kedudukan sosioekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia.

Fahmi berkata, manfaat utama Padu adalah bagi golongan yang memerlukan (mendapat) bantuan subsidi, bukan untuk tujuan berkempen.

“Ahli Parlimen juga kena kerahkan jentera (di kawasan masing-masing) untuk membantu melancarkan proses pendaftaran Padu bagi mencapai sasaran sehingga 31 Mac ini,” katanya. – 6 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

House arrests been granted before so don’t pull wool over our eyes: Shafee

Datuk Seri Najib Razak's lawyer points to precedent in Kenneth Lee's murder case, provisions in Prisons Act

Malaysia crowned Sepak Takraw World Cup champions after Thailand walkout

Malaysia shattered Thailand’s three-title streak to clinch the 2026 Sepak Takraw World Cup team regu crown in a fiery final at Stadium Titiwangsa. The clash ended in chaos when Thailand stormed off in protest, leaving more than 3,000 fans to celebrate a dramatic 2-1 victory on home soil

◉ Related