◉ HEADLINES

Kenyataan tular PN menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan 118 SD adalah palsu: Pejabat Hamzah Zainudin

Ia susulan dakwaan berlakunya ‘Langkah Dubai’ bagi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan

10:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pejabat ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menafikan satu kenyataan yang tular mendakwa Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan menghadap kepada 118 Ahli Parlimen bersama akuan bersumpah (SD).

“Itu berita palsu,” kata pejabat Hamzah secara ringkas hari ini.

Kenyataan palsu tersebut yang didakwa dikongsi di media sosial terutama dalam aplikasi WhatsApp kumpulan itu turut memaklumkan Perikatan Nasional (PN) merafak syukur kerana usaha menyelamat negara mendapat ihsan Yang di-Pertuan Agong.

Isu mengenai SD itu berlegar di media sosial sejak semalam susulan dakwaan terdapatnya ‘Langkah Dubai’ bagi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Hari ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Lokman Adam turut menyanggah dakwaan blogger Raja Petra Kamarudin bahawa pembangkang telah mendapat 120 SD melalui ‘Langkah Dubai’, untuk menjatuhkan kerajaan.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ambil pusing terhadap rancangan segelintir pihak menerusi ‘Langkah Dubai’, yang disifatkan tidak mengesankan Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, soal lebih penting ditumpukan Kerajaan Perpaduan ialah menjalankan tanggungjawab dan tugas demi kepentingan rakyat. – 6 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related