◉ HEADLINES

Guru petugas peperiksaan maut pacuan empat roda terbabas

Kejadian berlaku kira-kira 8 pagi di Kilometer 73, Jalan Jerangau-Jabor, berdekatan Pusat Koreksional Dungun, Bukit Besi dekat sini

6:03 PM MYT

 

DUNGUN – Seorang guru lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Pulut untuk bertugas sebagai pengawas Ujian Berturut Bahasa Melayu (UBBM) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah Sharifuddin Ali berkata kejadian berlaku kira-kira 8 pagi di Kilometer 73, Jalan Jerangau-Jabor, berdekatan Pusat Koreksional Dungun, Bukit Besi dekat sini.

Beliau berkata ketika kejadian, mangsa Abd Rashid Mohd Nor, 48, memandu dalam perjalanan dari SMK Jerangau ke SMK Padang Pulut sebelum terbabas dan tercampak ke dalam semak di kiri bahu jalan.

“Mangsa dihempap kenderaannya sendiri. Pihak bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sharifuddin berkata mangsa  disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – 8 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related