◉ HEADLINES

Kartel beras: MyCC belum mulakan siasatan, tiada laporan diterima

MyCC akan mengadakan pertemuan dengan KPB pada 19 Januari ini

7:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) belum memulakan sebarang siasatan terhadap mana-mana pemain dalam industri padi dan beras negara susulan dakwaan wujud kartel dalam penentuan harga di pasaran.

MyCC turut memaklumkan pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat daripada Pejabat Kawalselia Padi dan Beras (KPB) di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Bagaimanapun, katanya, MyCC akan mengadakan pertemuan dengan KPB pada 19 Januari ini.

“MyCC ingin menjelaskan bahawa kami sudah menulis surat kepada KPB pada Oktober tahun lalu menyatakan kesediaan untuk memahami dan membincangkan isu-isu mengenai industri padi dan beras.

“Ia juga supaya kami dapat memberikan pendapat sekiranya wujud sebarang isu persaingan,” katanya.

Pengerusi Gabungan Pengilang-Pengilang Beras Malaysia sebelum ini mendakwa wujudnya kartel atau ‘mafia’ padi yang dimonopoli empat hingga lima syarikat besar sejak sekian lama. – Alif Omar/Scoop, 10 Januari, 2024

Terdahulu, Pengerusi Gabungan Pengilang-Pengilang Beras Malaysia, Marzukhi Othman dilaporkan mendakwa wujudnya kartel atau ‘mafia’ padi yang dimonopoli empat hingga lima syarikat besar sejak sekian lama dan mencorak hala tuju industri padi negara sehingga tercetusnya isu benih padi yang berlarutan setiap musim serta masalah bekalan beras.

Dakwanya, syarikat terbabit mempunyai kilang padi di bawah penguasaan mereka, termasuk mengeluarkan benih dan kartel itu memonopoli lebih 60 peratus pengeluaran beras negara.

Bagaimanapun, KPKM pada 4 Januari lalu menafikan kewujudan kartel atau mafia yang didakwa terbabit dalam penentuan harga beras dan benih padi.

Menurutnya, KPKM mengeluarkan 39,000 lesen dalam usaha memastikan tiada kartel atau mafia memonopoli industri padi dan beras negara.

Antara lain, lesen itu merangkumi Lesen Borong Beras, Lesen Eksport, Lesen Import, Lesen Kilang Padi, Lesen Membeli Padi, Lesen Beras Runcit dan Kelulusan Khas Menjual Benih Padi bagi benih padi sah (BPS). – 10 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] Roblox, PS5, and online games not included in Malaysia’s under-16 social media restrictions: Teo Nie Ching

Deputy Communications Minister says phased Online Safety Act targets major social media platforms first, highlights govt’s measured rollout and parental responsibility in online safety

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

◉ Related